BY : David Bacon
Pendahuluan
Perkataan “tidak sah” telah menjadi satu perkataan ‘hikmat” di dalam sistem politik Amerika Syarikat. Bertahun-tahun lamanya, pejuang hak pendatang asing ataupun imigran, cuba menerapkan perkataan ‘tidak berdokumen’ bagi menggantikan perkataan ‘tidak sah’ bagi imigran yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah yang masuk ke Amerika Syarikat. Aktivis ini berjuang tanpa henti untuk memperjuangkan dasar kesamarataan dan kemanusiaan dan protes terhadap penghantaran pulang dan ketidakadilan bagi imigran ‘tidak sah’ ini, dan antara slogan yang paling memberi kesan kepada masyarakat Amerika Syarikat ialah ‘TIADA MANUSIA YANG TIDAK SAH!’.

Perkataan ‘tidak sah’ ataupun ‘bracero’ (perkataan yang digunakan oleh Rigoberto Garcia) atau ‘clandestino’ (perkataan yang digunakan Manu Chao) semuanya membawa maksud ketidaksamarataan status kebanyakan orang yang terpaksa berhijrah ke negara lain disebabkan pertambahan populasi dan persaingan ekonomi. Buku ini diberi tajuk Illegal People yang mendedahkan realiti sebenar status imigran di Amerika Syarikat. Proses globalisasi sistem politik dan sistem ekonomi sebenarnya menjadi paksi permulaan imigran ‘tidak sah’ dan kemudian sistem ini jugalah yang menidakkan hak imigran ‘tidak sah’ walaupun mereka hanya cuba untuk kekal hidup dan berpindah untuk mencari kerja.
Perbincangan yang kononnya cuba dijalankan di kongres-kongres, konvensyen-konvensyen dan berbagai lagi perjumpaan lain sebenarnya tidak mempunyai sebarang impak kerana ‘mereka-mereka’ yang sebenarnya menerima kesan globalisasi ini tidak dilibatkan dalam mesyuarat dan suara mereka diketepikan dan faktor inilah yang membuatkan masalah imigran ini seperti tidak dapat diselesaikan. Natijahnya tiada siapa yang faham keperitan sebenar ataupun kos yang dihadapi imigran ‘tidak sah’ ini sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi kayu ukur bagi penyelesaian masalah ini.
Buku ini ditulis dengan dasar membela imigran ‘tidak sah’ yang berdepan dengan masalah kemiskinan, isu migrasi, penghantaran pulang ke negara asal atau deportasi. Buku ini tidaklah memberikan penyelesaian secara keseluruhan, tetapi memberikan alternatif dari perspektif politik dan ekonomi yang dicadangkan oleh ‘mereka-mereka’ yang selalu diasingkan dari perbincangan isu ini. Buku ini secara ringkasnya akan membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Mencari kerja adalah jenayah!
ii. Mengapa kami datang?
iii. Migrasi dan anjakan
iv. Masa lalu
v. Kamu di pihak siapa?
vi. Kulit hitam + imigran + persatuan = KUASA!!
vii. Manusia ‘tidak sah’ atau kerja ‘tidak sah’??
viii. Kuasa Dunia baru milik siapa??
Banyak bahan bacaan lain yang boleh diperolehi untuk mengupas isu ini dengan lebih lanjut seperti di majalah, surat khabar (yang lebih kerap membincangkan isu ini berbanding isu lain), dan sumber yang lebih sahih boleh didapati di immigrationnewsbroefs@gmail.com (Cuma hantar nota ringas kepada mereka menyatakan anda inginkan maklumat mengenai imigran di Amerika Syarikat). Sumber rujukan lain yang boleh digunakan:
i. Mexican Action Network on Free Trade (www.rmalc.org.mx/index.shtml)
ii. American Friends Service Committee (www.afsc.org)
iii. Alliance for Responsible Trade (www.art-us.org/)
iv. IBON Foundation di Manila (www.ibon.org/)
v. The National Immigration Law Center (www.nilc.org)