I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 5 November 2011

MIGRASI DAN ANJAKAN

      
            Sejak Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico dikuatkuasakan, pengkritik dan pemerhati mengatakan, perjanjian ini telah memberikan pembangunan ekonomi yang memberangsangkan di Mexico, tetapi perjanjian ini hanya membebaskan pergerakan barangan dagangan, bukannya pergerakan modal yang terlalu diperlukan oleh Mexico. Pada tahun 1994, yakni setahun setelah perjanjian ini dikuatkuasakan, pergerakan imigran dari Mexico ke Amerika Syarikat melebihi jumlah pergerakan imigran ke Amerika Syarikat sepanjang sejarah diketahui manusia. Perjanjian ini juga dikatakan bertanggungjawab menghadkan pergerakan dan kebebasan imigran merentasi sempadan Mexico - Amerika Syarikat mahupun ia memberi imigran ini hak istimewa dan hak kesamarataan di Amerika Syarikat.

            Perundingan perdagangan dan polisi imigrasi secara rasminya digabungkan apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan  Akta Pembaharuan dan Kawalan Imigran (IRCA) pada tahun 1986. Banyak pihak yang menentang IRCA kerana ia menghalang majikan menggaji imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah (Imigran tidak sah), kerana ia akan menyebabkan imigran tidak sah ini menjadi penjenayah untuk meneruskan hidup. Tetapi IRCA juga dikatakan mempunyai kelebihan kerana ia telah membentuk Suruhanjaya Penyelidikan Migrasi Kebangsaan dan Perkembangan Usahasama Ekonomi untuk mengkaji sebab imigrasi ke Amerika Syarikat. Kajian ini memberikan keputusan yang tidak memeranjatkan kerana, ia membuktikan kemasukan imigran dari Mexico ke Amerika Syarikat ialah disebabkan faktor ekonomi. Jadi, integrasi ekonomi antara kedua-dua negara perlu ditingkatkan untuk memperlahankan mekanisme pergerakan imigran ke Amerika Syarikat.

         Nasionalisasi menjadi prinsip pembangunan Mexico bagi tempoh masa yang sangat lama dan mula diperkenalkan oleh Parti Revolusi Mexico (PRM). Parti ini mula memerintah Mexico melebihi 6 dekad sehingga tahun 2000. Mexico mula menyemai semangat nasionalisasi di dalam diri setiap warganya, setiap urusan, pentadbiran, perniagaan, lombong, syarikat tenaga, syarikat minyak dan banyak lagi industri mula di ambil alih Mexico daripada negara luar, terutamanya Amerika Syarikat. Di bawah polisi ini, hubungan ekonomi dengan negara luar mula disekad dan dihadkan seminimum yang mungkin, syarikat-syarikat yang mula dimiliki oleh warga Mexico dan kerajaan Mexico sendiri mula menggaji ratusan ribu warga Mexico, ekonomi rakyat Mexico mula meningkat dan taraf hidup mereka turut meningkat sama. 
Tetapi setelah Presiden Cardenas mengambil alih, hubungan luar ekonomi Mexico mula dilonggarkan dan segala usaha nasionalisasi mula dilihat gagal. Berbagai konspirasi mula dilakukan seperti pembunuhan ratusan rakyat yang memprotes tindakan kerajaan itu, penculikan, penipuan dan sebagainya.

          
         Amalan korupsi yang berlaku di dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya di dalam sektor minyak milik Mexico menyebabkan hutang negara meningkat, terutamanya hutang kepada luar negara. Perkara ini menyebabkan harga minyak jatuh, Amerika Syarikat meningkatkan bunga pada hutang yang dipinjamkan kepada Mexico, dan pada tahun 1982, Mexico tidak mampu membayar hutangnya lagi. Nilai mata wang peso mula dinilai semula, dan dari nilai 12 peso bersamaan US$1, nilainya jatuh kepada 560 peso bersamaan US$1. Perkara ini menimbulkan rasa marah rakyat Mexico kepada kerajaan dan menghilangkan kepercayaan terhadap slogan nasionalisasi yang hanya retorik.

         Kerajaan Mexico di dalam kegawatan ekonomi yang melampau telah mengambil kesempatan untuk melanggar polisi nasionalisasi, untuk membangunkan kawasan utara Mexico dengan bantuan Amerika Syarikat. Dari tahun 1982 hingga 1988, bilangan kilang di kawasan ini bertambah sebanyak tiga kali ganda, 500 buah kepada 1500 buah kilang dan pekerja yang digaji meningkat dari 150000 kepada 360000 orang dan industri ini bertanggungjawab terhadap 40% eksport luar negara Mexico. Industri yang dikenali dengan Maquiladora ini meningkatkan pelaburan luar negara terhadap Mexico tetapi dalam masa yang sama melanggar hak pekerja dan komuniti di utara Mexico itu. Untuk meningkatkan pelaburan luar terhadap Maquiladora itu, kerajaan Mexico bertindak kejam sehingga merendahkan gaji maksimum pekerja di kawasan itu sehingga mereka tidak mampu membeli keperluan harian walaupun mereka mempunyai pekerjaan.

            Kerajaan Mexico bertindak di luar kawalan sekali lagi dengan menjalankan penswastaan secara besar-besaran, antara sektor yang terlibat adalah syarikat pelabuhan, syarikat komunikasi, bank, hartanah dan banyak lagi sektor yang diswastakan. 
Golongan kaya Mexico adalah yang paling banyak mengaut keuntungan dengan polisi penswastaan besar-besaran ini, kebanyakan mereka meningkakan keuntungan dengan mengurangkan gaji pekerja secara drastik. Potongan gaji yang drastik di semua sektor yang diswastakan ini menyebabkan perbezaan yang terlalu tinggi diantara pekerja industri di Amerika Syarikat dan di Mexico. Menurut Garrett Brown, seorang pemerhati ekonomi, pada tahun 1975, gaji pekerja industri Mexico bersamaan dengan 23% gaji pekerja sektor sama di Amerika Syarikat dan Rosa Albina Garabito juga pemerhati ekonomi mengatakan ia jatuh lagi kepada 8%. Setelah 12 tahun NAFTA dikuatkuasakan, gaji rakyat Mexico jatuh sebanyak 22% sedangkan produktiviti meningkat sebanyak 45%.
            
        Perubahan ekonomi yang dialami oleh Mexico ini menyebabkan rakyatnya mula berpindah ke Amerika Syarikat, proses ini adalah sambungan rantaian yang telah lama berlaku di antara Mexico dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1982, pada era NAFTA, perubahan ekonomi yang berjaya melahirkan lebih ramai migran, majoriti petani di Mexico tidak mampu lagi menampung kehidupan mereka dan berpindah ke California sebagai pekerja sektor pertanian. Kerajaan Mexico cuba berbincang dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk membenarkan mereka mengeksport barangan Mexico ke Amerika Syarikat, tetapi perjanjian ini gagal dicapai dan pada tahun 1994, nilai mata wang peso merosot sekali lagi dan NAFTA dipertanggungjawabkan oleh banyak pihak.

            Hutang negara Mexico yang mula meningkat menyebabkan Mexico mula mencari alternatif lain untuk melangsaikan hutang yang kian meningkat, dan akhirnya Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mengarahkan supaya Mexico membayar hutang negara mereka menggunakan minyak mentah yang mereka miliki. 

Kerajaan Mexico menggunakan pendapatan bersumberkan minyak mentah untuk membiayai hutang kerajaan, perbelanjaan kerajaan, merendahkan cukai bagi perniagaan dan sebagainya. Tetapi usaha ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.


Jutaan rakyat Mexico yang kehilangan pekerjaan disebabkan kesilapan kerajaan sendiri pada tahun 1995, dan ia berulang semula pada tahun 200-2001 sewaktu kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Keadaan menjadi lebih teruk sehingga harga makanan, gas asli, dan kos sara hidup meningkat dengan terlalu dahsyat sehinggakan rakyat Mexico berhijrah ke Amerika Syarikat, bukan untuk mencari kemewahan tetapi hanyalah untuk menyara kehidupan keluarga di kampung halaman. NAFTA tidak sama sekali merendahkan migrasi seberti yang diharapkan suruhanjaya IRCA. Lebih dari 6 juta rakyat Mexico berhijrah ke Amerika Syarikat dalam masa 13 tahun setelah NAFTA dukuatkusakan. Dalam masa hanya 5 tahun, dari tahun 200-2005, populasi rakyat Mexico di Amerika Syarikat meningkat dari 10 juta ke 12 juta dan kerajaan menjangkakan migrasi tahunan sebanyak 400000 orang setahun. Dengan hanya beberapa kad hijau (Green Card), Penduduk Tetap (PR) dan Visa yang diberikan kepada warga Mexico, kebanyakan yang berada di Amerika Syarikat adalah pendatang tanpa dokumen perjalanan yang sah!!

            Kedatangan mereka ke Amerika Syarikat bukanlah membawa masalah semata-mata kepada kerajaan Amerika Syarikat, tetapi mereka ini memberi kesan signifikan yang tinggi dari segi ekonomi, menurut laporan Forum Imigrasi Nasional pada tahun 1994 (setahun selepas NAFTA dikuatkuasakan). Imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah membayar US$ 7 billion setahun untuk cukai, ini termasuk cukai sosial sebanyak US$ 2.7 billion dan sebanyak US$ 168 juta bagi dana manfaat-tidak bekerja. Di California, imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah adalah sebanyak 43% daripada jumlah keseluruhan imigran di negara itu, dan mereka membayar US$ 723 juta untuk cukai tempatan dan cukai negara. Anak-anak imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah juga merupakan aset kepada negara Amerika Syarikat kerana mereka adalah bakal tenaga kerja dan memberi impak terhadap aspek sosial, politik dan budaya. Imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah ini sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada kerajaan Amerika Syarikat terutamanya dalam sektor ekonomi, tetapi hak mereka terus-menerus dinafikan!! Mengapa ini berlaku???