I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 23 December 2011

Cerita Ringkas - Menyalahi undang-undang !!!!

                                                    
 Pete Velasco

        Pada tahun 1995,beberapa hari sebelum krismas,salah seorang generasi terakhir penganjur buruh Filipina telah mati di hospital Bakersfield,California. Pete Velasco adalah veteran dalam mewujudkan perang-perang di dalam kesatuan pekerja ladang. Bersama ketua-ketua Filipina seperti Philip Vera Cruz dan Larry Itliong,dia telah memulakan mogok  secara besar-besaran dalam kesatuan. Valesco yang dikenali sebagai Manong Pete. Manong adalah merujuk kepada penghormatan yang diberikan kepada orang lain dalam budaya Filipina. Tetapi sepanjang pantai pasifik “manong”menunjukkan lebih dari rasa hormat. Antara tahun 1920 dan 1929,seramai 113,144 orang yang rata-rata ialah lelaki dan petani telah meninggalkan tanah dan kampung. Tahun 1906 menunjukkan bahawa orang Filipina telah direkrut oleh kesatuan penanam gula Hawaii namun ianya hanya untuk beberapa tahun selepas berakhirnya perang dimana Amerika telah merampas Filipina. Awal 1920an, mereka mula berhijrah dari Hawaii ke tanah besar. Seperti Velasco, yang datang pada 1931,mereka telah didorong dengan pendidikan dan kemajuan yang dijanjikan. Tetapi apabila sampai tiada tanah seperti yang dijanjikan,malahan hanya ada pekerjaan yang teruk dan diskriminasi berlaku.

        Dari 1898 hingga 1946,Filipina dan pulau-pulau yang jauh telah menjadi tanah jajahan US. Kanak-kanak telah diajar dalam Bahasa Inggeris. Malah buku teks juga didatangkan dari US. Guru-guru juga adalah dari Philadelphia atau New Jersey. Pelajar disana telah mengkaji tentang perjanjian Pengisytiharan Kemerdekaan sebelum mereka menemui nama Emilio Aguinaldo dan Andres Bonifacio-ketua revolusi Filipina yang mengetuai peperangan mereka dalam menentang Sepanyol dan seterusnya Amerika.


Emilio Aguinaldo


Andres Bonifacio


     Philip Vera Cruz telah menjadi ketua UFW seperti Velasco yang telah menjanjikan keseimbangan yang sama di dalam buku dan apa yang dikatakan oleh guru-guru Amerika di Filipina. Namun, apabila mereka sampai di US mereka mendapati orang US hanya mahukan perkhidmatan buruh mereka. Al Masigat yang datang pada tahun 1920an, telah menceritakan pengalamannya dalam satu kajian master-thesis oleh Lilian Galedo selaku pengarah eksekutif untuk pertumbuhan idea radikal generasi pertama pendatang Filipina iaitu “Kesedaran Pembangunan Kelas Kerja”

       Orang Filipina tiba tepat pada zaman kemelesetan dimana upah yang rendah telah diberikan. Kerana industri dimana mereka bekerja seperti sektor pertanian dan pengetinan ikan telah menggunakan sistem kontraktor. Dimana kontraktor terpaksa memberikan wang untuk mendapat pekerjaan. Setelah kemelesetan telah melanda,keadaan orang Filipina semakin teruk. Masigat dan lima lagi pemuda telah berhijrah dari ladang ke ladang. Upah pekerja semakin menurun semasa zaman kemelesetan melanda contohnya dari 30sen jatuh ke 15sen. 
Disebabkan hal itu,seramai 140 orang pekerja telah mogok di ladang California 
yang melibatkan 127,000 pekerja.

         Manong telah menemui sesuatu di Amerika yang membuatkan mereka memberontak. Mereka menjadi generasi penganjur kesatuan dan radikal politik yang menyedarkan status kelas mereka bukan sekadar menjadi pekerja, malahan menjadi pekerja imigran di bawah masyarakat Amerika. Mereka telah melancarkan mogok dibawah kesatuan dan menulis buku serta memaparkan di surat khabar tentang persamaan antara keadilan yang diuar-uarkan dengan reality yang berlaku. Manong dan kebanyakkan lelaki adalah tunggal kerana faktor ekonomi dan undang-undang kerajaan yang menidakkan hak kekeluargaan mereka. Dekan Alegado, professor kajian etnik di Universiti Hawaii berkata, ramai lelaki yang meninggalkan keluarga mereka hanya kerana upah yang diberikan terlalu rendah berbanding pekerja ladang lain dan perumahan yang diberikan kepada mereka terlalu uzur. Apabila orang Filipina yang menari bersama wanita kulit putih mereka juga dikenali sebagai ancaman kepada masyarakat kulit putih. Perkahwinan antara lelaki Filipina dan wanita kulit putih adalah dilarang sama sekali di dalam undag-undang barat. Velasco sendiri telah berhijrah ke negeri-negeri Midwest yang jauhnya beribu batu untuk mencari perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Akta kabel 1922 telah mengancam kewarganegaraan wanita US yang berkahwin dengan lelaki Asia. Bagi majikan dan ahli politik US, rakyat Filipina hanya datang ke mari untuk bekerja bagi mencari nafkah keluarga, bukan untuk berkeluarga dan menjadi warganegara US.

         Orang Filipina sebagai pekerja mudah alih telah disebarkan ke kem-kem buruh bukanlah sesuatu yang baru kerana pekerja dari Cina dan Jepun telah mewarisi status yang lebih rendah berbanding mereka. Namun keadaan mereka sedikit berbeza kerana mereka datang dari tanah jajahan US dan mendapat status kelas kedua. Dalam perniagaan banyak tanda “Filipina Tidak Dibenarkan” menunjukkan diskriminasi ini amat ketara. Dalam sejarah menunjukkan mereka ialah pendatang haram-iaitu  buruh yang berstatus kelas terendah yang menafikan hak mereka. Kumpulan pertama yang direkrut untuk bekerja di US dari Asia ialah dari Toishan dari perkampungan China Pearl River Delta. Mereka di bawa oleh kontraktor untuk membina laluan antara benua. Kemudian, ada juga buruh yang digunakan untuk meluaskan kawasan di delta sungai di San Joaquin tetapi bukan dilayan seperti buruh malah seorang hamba. Dasar imigresen US adalah mekanisme yang menentukan status mereka. Penghambaan harta telah menciptakan sebuah masyarakat yang telah dibahagi kepada manusia yang mempunyai hak dan yang tidak ada hak. Tujuannya adalah untuk membekalkan buruh pada kos yang terendah kepada pemilik ladang selatan. Ideologi keunggulan orang kulit putih adalah untuk melaksanakan  sistem kekejaman manakala kaum yang dibangunkan hanyalah untuk membezakan yang mana satu boleh dijadikan hamba.

         Dalam Perlembagaan Kelahiran telah termaktub, status seseorang tidak sama rata dan telah ditunjukkan bahawa warga Afrika yang menjadi hamba ialah 1/3 dari manusia. Manakala yang bukan kulit hitam terpaksa bersedia untuk membuktikan kesahihan mereka memasuki negara ini jika tidak, mereka akan dianggap sebagai pelarian dan hamba. Satu undang-undang telah ditubuhkan menyatakan hamba abdi akan menyalahi undang-undang di saat mereka melarikan diri dari tuannya dan apbila ditangkap mereka akan dikembalikan. Mereka tidak akan ada hak untuk mempertahankan diri.


     Keputusan Dred Scott di mahkamah agung telah menyatakan tidak akan ada Afrika yang menjadi warganegara samada bebas mahupun hamba. Akta Penaturalisasian-1790, mereka dibenarkan untuk menjalankan hak-hak mereka jika mereka berkulit hitam. Ianya diadakan untuk menghapuskan wanita, hamba, pembebasan orang kulit hitam dan lain-lain ditakrifkan sebagai bukan kulit putih. Sedekad sebelum perang saudara, kanun kehitaman telah diserahkan bagi mentakrifkan kesalahan undang-undang. Negeri yang mengaku sebagai union akan dikenali sebagai “negeri yang bebas”. Perlembagaan Indiana-1851 telah termaktub bahawa “tiada negro yang akan menetap di dalam negeri”selepas perlembagaan ini diterima pakai. Dalam Illinois kanun kehitaman-1853 juga melarang orang kulit hitam berpindah ke negeri itu.

         Selepas perang saudara berakhir, negeri-negeri bekas hamba menyerahkan kanun kehitaman sebelum kesatuan tentera merampas kuasa mereka. Tujuannya adalah untuk mengawal buruh bekas hamba. Berdasarkan sejarah,Ellis Paxson Oberholtzer, dalam ‘Sejarah US semenjak perang saudara’(1917) berkata orang Negro yang bekerja hendaklah membuat kontrak bertulis, jika mereka melarikan diri, upah mereka akan diambil kembali. Dan jika mereka dipanggil kembali mereka hendaklah menunjukkan lesen untuk membolehkan mereka bekerja dan ganjaran akan diberikan jika sesiapa yang menangkap negro ketika hendak melarikan diri.

      Tahun 1866, kerajaan Republik yang dipilih hendaklah menjadi tentera di selatan. Selepas kanun kehitaman dimansuhkan. Kerajaan telah mula diperintah oleh orang kulit hitam dan putih. Namun, apabila pembinaan semula berakhir, perkauman antara orang kulit hitam bermula semula. Social status mereka dibahagi secara tidak adil serta menafikan hak mereka dalam politik dan pasaran buruh. Selepas perang saudara, buruh amat diperlukan untuk membangunkan landasan keretapi dan pertanian di barat. Undang-undang Imigresen pada masa itu amat penting untuk menentukan siapa yang mempunyai hak untuk tinggal dan bekerja di US di bawah syarat yang tertentu. Ironinya, undang-undang telah digubal untuk membebaskan status hamba namun ianya tidak digunakan. Selepas perang awam berakhir,Pindaan ke-14,Dred Scott telah membuat keputusan bahawa Akta Penaturalisasian 1870 akan menghadkan kewarganegaraan kepada orang kulit putih dan keturunan Afrika.