
Negara Perancis dan German mendapati terdapat kos-kos tambahan untuk mengupah pekerja import melalui program-program pada tahun 1960 dan 1970 . Perancis mempunyai sistem permit sementara bagi pekerja Algeria dan Afrika Utara yang datang bekerja pada tempoh masa yang sekejap selama 5 atau 10 tahun . Visa tersebut tidak boleh diperbaharui tetapi memberi mereka hak-hak kediaman di negara tersebut . Pada tahun 1990 , di gereja Paris , pengkaji ekonomi memulakan mogok lapar dan membantah kekejaman polis dan keganasan terhadap mereka serta mereka mahukan perubahan status mereka . Pendatang yang tinggal di Paris merasakan terdapat sifat perkauman yang terjadi di negara tersebut dimana kadar pengangguran yang terlampau telah berlaku dan ini jelas menyatakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada warga Perancis . Wanita muda dihukum kerana memakai hijab di sekolah dan keadaan hidup yang memaksa akhirnya menyebabkan berlakunya demonstarsi jalanan dan rusuhan .
Sehingga penaturalisasian undang-undang Jerman akhirnya berubah pada tahun 2000 , anak-anak pendatang yang lahir di Jerman tidak layak mendapat hak kewarganegaraan . Negara Jerman tidak mempunyai undang-undang persekutuan yang melarang diskriminasi tetapi mereka tidak melindungi pekerja-pekerja pendatang . Walaupun pekerja pendatang telah lama bekerja dan menetap di sana , mereka masih lagi dilihat sebagai orang asing . Jika perkara ini dibawa ke mahkamah , ia amat mustahil bagi pendatang untuk memfailkan aduan tersebut . Seramai 80 juta warga Jerman , 7.1 juta daripadanya adalah pendatang dan 2.1 juta pekerja pendatang daripada 34 juta pekerja tempatan . Sejak penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 , kadar pengangguran telah meningkat terutamanya dalam Republik Demokratik Jerman atau Jerman Timur . Sebahagian daripada kesatuan jerman melihat pendatang sebagai satu ancaman . Walau bagaimanapun , di Berlin , apabila kerajaan persekutuan membina sebuah pusat bandar yang baru untuk menyatukan semula Jerman , kesatuan Jerman telah disisihkan daripada projek pembinaan negara terbesar . Konsep status yang sama bagi pendatang tidak wujud lagi . Jerman kini mula melihat populasi pendatang sebagai penduduk tetap dan bukan sebagai pekerja asing .