I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 21 December 2011

Mode 4 and the UN Convention on the Rights of Migrants

         
          Sebuah persekutuan politik sedang membangun di antara negara-negara yang mempunyai polisi buruh eksport dan syarikat-syarikat yang mendominasi Pertubuhan Perdagangan Dunia . Syarikat yang menggunakan khidmat buruh ganti mempunyai minat yang tinggi dengan kerajaan dalam mengawal selia sistem yang membekalkan khidmat buruh ganti . Sedang manusia terdorong oleh kuasa-kuasa yang di luar kawalan mereka , mereka mula bergerak mengikut kehendak mereka , cuba untuk menyesuaikan diri dan mencari peluang pekerjaan untuk menyatukan keluarga mereka serta mewujudkan komuniti baru di negara baru . Semasa rundingan Sidang Kemuncak Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) , pada tahun 2005 di Hong Kong , sebuah cadangan untuk memulakan penyaluran pergerakan rakyat seiringan dengan pergerakan modal dan barangan buat pertama kalinya telah diperkenalkan . 


  
  Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) 

       WTO mula mencadangkan menguruskan pergerakan rakyat sendiri sebagai "pembekal perkhidmatan" yang dipanggil Mode 4 . Mode 4 pada asalnya diprogram untuk pekerja mahir dan eksekutif , termasuk jurujual , pengurus korporat dan pakar , pekerja asing di syarikat-syarikat subsidiari dan lain-lain pekerja kurang mahir . Seperti dalam semua program pekerja import , mereka akan diberikan visa sementara untuk terus bekerja , tetapi sekiranya mereka di buang pekerjaan, mereka akan dihantar pulang . WTO telah menentang penubuhan upah minimum dan syarat-syarat atau standard pekerjaan dan telah mengarahkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melakukan kawalan . Beberapa organisasi hak asasi dan hak pendatang A.S. menyuarakan satu kenyataan semasa rundingan WTO yang menentang Mode 4 , termasuk  Jawatankuasa Perkhidmatan Rakan-rakan Amerika, Rangkaian Nasional Hak imigran dan pelarian , Jawatankuasa Perpaduan Rakyat El Salvador, Peguambela Hak Awam Filipina , Makanan dan Pekerja Perdagangan A.S , Perkhidmatan Awam Antarabangsa, dan 55 yang lain . Mereka mengkritik kesan eksport pekerja mahir di negara-negara membangun dan meramalkan bahawa skim tersebut akan melanggar hak-hak migran itu sendiri . 

         Genevieve Gencianos , MRI mengkritik dasar imigresen global berdasarkan perlindungan hak-hak pendatang dan bukannya mengawal selia pergerakan mereka dalam kepentingan majikan . Kiriman wang pekerja asing menjadi sumber utama bagi masyarakat dari mana mereka datang . Syarikat-syarikat dan industri besar dai negara-negara kaya juga mendapat manfaat daripada pekerja buruh tersebut . Konvensyen PBB telah diterima pakai pada tahun 1990 dan ia memanjangkan hak asasi manusia kepada semua pekerja asing dan keluarga mereka , didokumenkan atau tanpa izin . Ia menyokong penyatuan semula keluarga , melindungi pendatang asing terhadap kolektif deportasi , dan membuat kedua-dua negara yang menghantar dan menerima bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak ini . 

          Dalam debat mengenai isu inigresen di A.S. , penyokong sekatan kini mengetengahkan hujah mengenai mengekalkan perbezaan di antara status undang-undang yang sah dan tidak sah yang telah menjadi satu kod untuk mengekalkan ketidaksamaan , sistem berperingkat yang membahagikan rakyat yang mempunyai hak dan mereka yang tidak . Sebaik sahaja skim pekerja import ditubuhkan , ketidaksamaan akhirnya telah memberi kesan kepada semua pendatang , termasuklah pendantang yang sah disisi undang-undang mahupun penduduk tetap . Kesan kepada ketidaksamaan kepada rakyat juga , terutamanya dalam masyarakat sosial yang mentakrifkan status ketidaksamaan adalah dari segi kulit dan jantina .