Sebuah persekutuan politik sedang membangun di antara negara-negara yang mempunyai polisi buruh eksport dan syarikat-syarikat yang mendominasi Pertubuhan Perdagangan Dunia . Syarikat yang menggunakan khidmat buruh ganti mempunyai minat yang tinggi dengan kerajaan dalam mengawal selia sistem yang membekalkan khidmat buruh ganti . Sedang manusia terdorong oleh kuasa-kuasa yang di luar kawalan mereka , mereka mula bergerak mengikut kehendak mereka , cuba untuk menyesuaikan diri dan mencari peluang pekerjaan untuk menyatukan keluarga mereka serta mewujudkan komuniti baru di negara baru . Semasa rundingan Sidang Kemuncak Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) , pada tahun 2005 di Hong Kong , sebuah cadangan untuk memulakan penyaluran pergerakan rakyat seiringan dengan pergerakan modal dan barangan buat pertama kalinya telah diperkenalkan .
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
WTO mula mencadangkan menguruskan pergerakan rakyat sendiri sebagai "pembekal perkhidmatan" yang dipanggil Mode 4 . Mode 4 pada asalnya diprogram untuk pekerja mahir dan eksekutif , termasuk jurujual , pengurus korporat dan pakar , pekerja asing di syarikat-syarikat subsidiari dan lain-lain pekerja kurang mahir . Seperti dalam semua program pekerja import , mereka akan diberikan visa sementara untuk terus bekerja , tetapi sekiranya mereka di buang pekerjaan, mereka akan dihantar pulang . WTO telah menentang penubuhan upah minimum dan syarat-syarat atau standard pekerjaan dan telah mengarahkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melakukan kawalan . Beberapa organisasi hak asasi dan hak pendatang A.S. menyuarakan satu kenyataan semasa rundingan WTO yang menentang Mode 4 , termasuk Jawatankuasa Perkhidmatan Rakan-rakan Amerika, Rangkaian Nasional Hak imigran dan pelarian , Jawatankuasa Perpaduan Rakyat El Salvador, Peguambela Hak Awam Filipina , Makanan dan Pekerja Perdagangan A.S , Perkhidmatan Awam Antarabangsa, dan 55 yang lain . Mereka mengkritik kesan eksport pekerja mahir di negara-negara membangun dan meramalkan bahawa skim tersebut akan melanggar hak-hak migran itu sendiri .
Genevieve Gencianos , MRI mengkritik dasar imigresen global berdasarkan perlindungan hak-hak pendatang dan bukannya mengawal selia pergerakan mereka dalam kepentingan majikan . Kiriman wang pekerja asing menjadi sumber utama bagi masyarakat dari mana mereka datang . Syarikat-syarikat dan industri besar dai negara-negara kaya juga mendapat manfaat daripada pekerja buruh tersebut . Konvensyen PBB telah diterima pakai pada tahun 1990 dan ia memanjangkan hak asasi manusia kepada semua pekerja asing dan keluarga mereka , didokumenkan atau tanpa izin . Ia menyokong penyatuan semula keluarga , melindungi pendatang asing terhadap kolektif deportasi , dan membuat kedua-dua negara yang menghantar dan menerima bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak ini .
Dalam debat mengenai isu inigresen di A.S. , penyokong sekatan kini mengetengahkan hujah mengenai mengekalkan perbezaan di antara status undang-undang yang sah dan tidak sah yang telah menjadi satu kod untuk mengekalkan ketidaksamaan , sistem berperingkat yang membahagikan rakyat yang mempunyai hak dan mereka yang tidak . Sebaik sahaja skim pekerja import ditubuhkan , ketidaksamaan akhirnya telah memberi kesan kepada semua pendatang , termasuklah pendantang yang sah disisi undang-undang mahupun penduduk tetap . Kesan kepada ketidaksamaan kepada rakyat juga , terutamanya dalam masyarakat sosial yang mentakrifkan status ketidaksamaan adalah dari segi kulit dan jantina .
Mesej yang dimuatkan dalam blog ini sangat bermanfaat dan berbentuk ilmiah, teruskan berkarya dengan menggunakan tinta ilmu. Tahniah!!
ReplyDeleteehem2.. cik effa nak tanya,, apa maksud 'menguruskan pergerakan rakyat sendiri sebagai "pembekal perkhidmatan"'?? btw, abg nye blog cantik.. tulisan senang nak baca.. lg 1. semuanya pasal err.. apa perkataan sesuai eh.. yg macam aqma kat atas ni ckp,, berbentuk ilmiah~ ^^
ReplyDeletewaah..penerangan semua yang bermaklumat dan bagus untuk pembaca =)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeleteTidak dinafikan artikel ini sememangnya bermanfaat dan penuh dengan informasi sehingga saya tiada persoalan untuk dibangkitkan...