Taufan Katrina dan kemusnahan New Orleans menekankan hubungan antara Africa-Amerika dan pendatang Afrika . Kedua-dua Datuk Bandar New Orleans Ray Nagin memainkan peranan dalam memastikan perkembangan dalam jurang penghijrahan yang semakin tidak terjamin . Di Mississippi dan Louisiana , masyarakat miskin berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan pekerjaan apabila ekonomi negeri tersebut jatuh akibat banjir besar yang berlaku . Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Congressional Black Caucus , 18-30 peratus daripada penduduk di rantau ini hidup di bawah garis kemiskinan dan kadar kemiskinan sebanyak 35 peratus penduduk kulit hitam di New Orleans . Ini kerana banjir yang berlaku telah memusnahkan rumah serta pekerjaan beribu-ribu penduduk di kawasan itu . Dengan ketidakpastian pekerjaan yang bakal diterima , beberapa buah keluarga telah berbepeluang untuk mencari pekerjaan baru dengan bantuan sumber-sumber yang ada .
Pada bulan Oktober 2005 , Biro Statistik Buruh mendapati bahawa 500 daripada 800 ribu orang yang dipindahkan akibat taufan tersebut masih belum lagi pulang ke rumah dan tinggal di Agensi Kecemasan Persekutuan kerana kawasan perumahan awam yand dibina semula sangat sedikit dan sewa rumah pula telah menjadi dua kali ganda daripada harga asal . Untuk membantu penduduk New Orleans kembali pulih , "People's Hurricane Relief Fund" (PHRF) , telah menyediakan dana dan mengumumkan senarai penyingkiran yang dikekalkan oleh FEMA dan Palang Merah untuk membantu menemukan mangsa-mangsa dengan ahli keluarga masing-masing .
Keperluan mangsa bencana adalah sama dengan apa yang disediakan oleh dana Pusat Dagangan Dunia di Bandar New York . PHRF menuntut pekerja awam untuk bekerja di kesatuan upah , ia adalah untuk membolehkan orang ramai memulakan semula ekonomi kehidupan mereka . Agensi-agensi Persekutuan telah menandatangani kontrak untuk membaiki jalan-jalan yang rosak akibat banjir telah memberi jaminan bahawa mereka sanggup melakukan pembinaan semula walaupun dengan wang yang sedikit kerana ia akan menjadi sumber keuntungan swasta secara politiknya . Apabila penduduk cuba untuk kembali ke tempat asal mereka , mereka tidak mendapat pertolongan untuk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnha , malah mereka dilayan sebagai pengancam kepada undang-undang . Dengan bajet yang sedikit , Kongres Republikan bersedia menukarkan perang Iraq menjadi sebab yang wajar untuk menjadi makanan dan pembiayaan untuk pelajar yang ditimpa musibah tersebut . Dalam zon perusahaan yang luas ini , kebajikan pekerja dan golongan miskin telah dikorbankan untuk menyediakan insentif kepada pelaburan korporat . Majikan pada masa itu memerlukan pekerja tanpa keluarga kerana mereka inginkan pekerja yang boleh ditempatkan di mana-mana sahaja .
Menurut Chadler , kontrak asal FEMA mungkin telah membayar 35 dolar untuk penghapusan meter padu runtuhan , tetapi subkontraktor yang melakukan kerja sebenarnya dibayar sebanyak 10 dolar . Subkontraktor berusaha menawarkan harga yang lebih antara satu sama lain dengan menawarkan upah serendah yang mungkin . Keluarga yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang rendah . Pekerja tanpa permit akan mudah untuk ditipu oleh majikan kerana majikan akan mempunyai pengaruh yang baru untuk memanjangkan tempoh pembayaran gaji dan mengenakan syarat-syarat yang keterlaluan terhadap pekerja .