High Skills and Low Salaries (Kemahiran yang Tinggi dan Gaji yang Rendah )
Menjelang tahun 2000 , pekerjaan di Lembah Silikon semakin berkurangan dan keadaan pekerja-pekerja dalam bidang elektrik telah berubah secara drastik lebih sedekad yang lalu . Beribu-ribu pekerja tidak lagi bekerja untuk syarikat-syarikat majikan mereka tetapi mereka telah di upah melalui agensi syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja sementara . Bagi pekerja kejuruteraan pula , syarikat semikonduktor semakin bergantung kepada pekerja import berbanding pekerja dalam negara . Bagi para pekerja yang di upah dari luar , mereka kebanyakannya tidak di layan dengan baik dan mereka tidak diberikan keadilan yang sepatutnya seorang pekerja patut perolehi lebih-lebih lagi pekerja H1-B . Pelajar asing yang belajar di A.S dan telah menamatkan tempoh pengaiian , tetapi visa mereka telah telah tamat tempoh mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan . Tetapi ramai kontraktor menawarkan pekerjaan visa H1-B kepada mereka dan ramai yang menerima pekerjaan tersebut kerana sangat terdesak . Visa H1-B ini sering kali di lihat sebagai salah satu cara untuk mendapatkan status yang sah dalam undang-undang tetapi mengambil masa yang agak lama sementara itu , pemegang visa H1-B ini harus tetap bekerja ataupun di hantar pulang ke negara asal . Ramai kontraktor yang memberi kata-kata palsu dengan mengatakan bahawa mereka akan membayar upah yang rendah dalam negeri yang berpendapatan rendah seperti Idaho , dan kemudian akan di hantar untuk bekerja di California .
California
California adalah sebuah negeri yang berpendapatan tinggi tetapi pekerja perlu meneruskan hidup di Lembah Silikon yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi , tetapi dengan gaji yang sangat rendah . Pada tahun 1990 , syarikat elektronik terbesar di Lembah Silikon mula memerlukan lebih banyak lagi pekerja H1-B . Pihak Kongres mula memberikan kebebasan kepada industri tersebut untuk memanjangkan tempoh had pekerja ataupun mengambil bilangan pekerja lebih daripada 200,000 orang setahun . Bill Gates adalah salah seoarang daripada juara terbesar dalam sistem H1-B , ialah seorang pengasas Microsoft Corporation . Gates telah mencadangkan kepada Senator supaya mengekalkan upah pada kadar yang rendah untuk kepentingan negara . Negara A.S. tidak mampu mengekalkan kepimpinan ekonomi yang bagus sekiranya rakyat negara itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan .
Richard J. Durbin Illinois Charles Grassley

, Richard J. Durbin Illinois dan CharlesGrassley memperkenalkan satu rang undang-undang yang memerlukan syarikat-syarikat A.S. membuat permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan pekerja H1-B . Mereka yang bekerja dalam program H1-B ini nampak seperti mempunyai pekerjaan yang baik tetapi mereka tidak mendapat hak-hak mereka yang sepatutnya , tiada hak untuk membentuk sebuah organisasi buruh .