I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 20 November 2011

Mississippi Battleground


Di negara Mississippi , ketua politik Afrika-Amerika dan penganjur pendatang menggunakan algebra yang berbeza , iaitu apabila orang kulit hitam bergabung dengan pendatang dan kesatuan akan membentuk sebuah kuasa besar . Sejak tahun 2000 , ketiga-tiga kuasa besar tersebut telah bekerjasama dalam menubuhkan “Mississippi Immigrant Right Alliance” iaitu MIRA - mencari titik persamaan antara pendatang , orang Amerik-Afrika dan buruh merupakan strategi jangka panjang MIRA .


          Pada tahun 1962 , Medgar Evers sebagai setiausaha , “Persatuan Kemajuan Rakyat Berwarna Kebangsaan” (NAACP) telah berjaya menghapuskan sifat perkauman yang berlaku di negara tersebut . Bermula pada awal tahun 1900 , penduduk berkulit hitam di Mississippi semakin berkurangan dan penghijrahan orang kulit hitam beramai-ramai dari Selatan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah negara tersebut . Selaku pengerusi gabungan kuasa , Evan , bersama rakan politiknya , Bill Chandler , sebagai pengarah eksekutif , mereka percaya bahawa keadilan sosial dan prkatikaliti politik akan menumpu pada satu-satu tempat dengan kehadiran sesebuah komuniti . Mississippi , seperti negeri-negeri selatan yang lain , mula kekurangan penduduk kulit hitam bermula pada awal tahun 1900 . 
     
            
                                                              Puak Ku Klux Klan


                                                                  Puak Ku Klux Klan

          Sebelum keganasan puak Ku Klux Klan bermula pada akhir tahun 1800 , orang Amerika-Afrika merupakan majoriti penduduk di negeri ini . Penghijrahan beramai-ramai orang kulit hitam keluar dari Selatan merupakan antara migrasi dalaman terbesar yang pernah terjadi dalam sejarah negara tersebut . Dari tahun 1995 hingga tahun 2000 , ibu negeri , Jackson , meraih 3,600 penduduk kulit hitam . Pada tahun 2000 , lebih 36 peratus daripada 2.8 juta penduduk Mississippi merupakan orang Afrika-Amerika . Empat dekad yang lalu , Presiden Richard Nixon telah membawa satu struktur kuasa putih ke dalam Parti Republik , tetapi di ancam oleh keadilan sivil dan MIRA pula menjadi buah pemikiran strategik dalam kalangan pelbagai kumpulan pekerja-pekerja pusat Afrika-Amerika .

            Chadler merupakan orang yang membantu mendapatkan pengiktirafan bagi tiga buah kasino yang terdapat di Mississippi telah menganjurkan Komunikasi Pekerja untuk para pekerja di dalam negeri . Pejuang politik mula melihat perubahan yang berlaku pada tahun 1991 , apabila Mississippi meluluskan undang-undang yang membenarkan pembangunan kasino membawa masuk pekerja-pekerja binaan migrant yang pertama dari Florida . Majikan-majikan kemudian mula menggunakan kontarktor untuk membekalkan keperluan tenaga pekerja mereka yang semakin meningkat . Pekerja import kemudiannya dibawa masuk untuk memenuhi pekerjaan yang telah diwujudkan .

              Pada tahun 2002 ,  lebih banyak pendatang yang berhijrah untuk mencari pekerjaan dan sesetengah daripada pekerja import menangguhkan visa mereka untuk tinggal di sini . Orang Mexico dan Amerika Tengah menyertai Selatan dan Asia Tenggara dan mula menjelajah utara melalui negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan pedalaman dan di sana lah mereka bertemu dengan orang Afrika-Amerika . Ia bukan sesuatu perkara mudah bagi pendatang baru untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan persekitaran yang baru .

                                     Laborers' International  Union of North America (LIUNA)

          Usaha Harden telah membuahkan kejayaan apabila rang undang-undang lesen pemandu telah diluluskan sebulat suara oleh Senat pada tahun 2001 . Chadler walaubagaimanapun , yakin bahawa satu gabungan yang menyokong hak-hak pendatang ini mampu memberikan potensi yang besar dan mampu mengubah landskap politik negeri tersebut . Dalam satu mesyuarat pada November , telah tertubuhnya Perikatan Hak Imigran Mississippi . Frank Curiel , seorang wakil Antarabangsa Kesatuan Buruh-buruh Amerika Utara (LIUNA) yang mahu bekerjasama dengan Pekerja Ladang Amerika Syarikat  , berkata "MIRA meletakkan pengurus LIUNA dengan "United Food and Commercial Workers" , UFCW, kerana mahu mereka memahami peranan kesatuan . Ia bukan sekadar melawan rasa tidak puas hati atau pengambilan pendatang pekerja asing tetapi satu masalah yang lebih besar iaitu tentang kesukaran untuk mendapatkan kontrak baru kerana terdapat lebihan buruh Latin dan keahlian yang sangat rendah . Kemudian , ribut taufan Katrina telah melanda Gulf dan telah memberi peluang kepada kontraktor untuk melakukan penyusunan semula dengan membawa pekerja mereka . MIRA juga mempertahankan kes-kes pekerja yang ditipu oleh majikan dan kes pengusiran . Sukarelawan MIRA mendapati pekerja import telah direkrut di India dan diarah untuk melakukan kerja-kerja kotor , berbahaya dan telah diasingkan daripada pekerja lain .

           Para majikan juga banyak yang menipu dengan menjanjikan gaji sebanyak 18 dolar sejam tetapi hanya diberikan separuh daripada gaji tersebut kerana mendapati pekerja kurang berkemahiran . Di luar , terdapat berpuluh-puluh pekerja dan pengkaji ekonomi di kutuk dan diberi layanan buruk oleh ahli masyarakat . Oleh itu , MIRA telah memulakan satu kempen pembelaan yang sah di sisi undang-undang dengan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan bagi mendapatkan kad pengenalan  untuk tinggal di negara tersebut . Semasa pilihan raya Mississippi pada tahun 2007 , gabenor dan penggubal undang-undang negeri Ku Klux Klan mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang . Di hadapan Lee County Courthouse , mereka memprotes untuk menghentikan penjajahan Latin . Adalah penting untuk Afrika-Amerika untuk memahami tujuan kedatangan mereka dan jika mereka mempunyai pilihan , jika mereka boleh hidup seperti seorang manusia , mereka tidak akan mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke sini kata Hill .


                                                            Lee County Courthouse









No comments:

Post a Comment