PENDATANG ASING!!!
Perbahasan mengenai pendatang telah menjadi satu isu global . Menurut Hak Pendatang Internasional (MRI) , yang berpangkalan di Geneva , mereka menyokong hak-hak pendatang di seluruh dunia . Aliran pendatang yang melarikan diri dari peperangan , penindasan , dan kemiskinan dari negara-negara membangun kepada perindustrian dipanggil global utara . Pada masa yang sama , ekonomi industri semakin bergantung kepada pekerja pendatang dimana mereka hanya memberikan gaji yang rendah , keselamatan yang tidak terkawal , dan syarat-syarat yang berbahaya kepada pekerja asing . Mereka mula menyalurkan penghijrahan ke dalam program-program yang akan memberikan pekerja asing kepada industri sebagai pekerja kontrak . Di seluruh dunia perindustrian juga membuat cadangan yang sama untuk menggunakan pendatang sebagai punca pekerja buruh , tetapi pada masa yang sama mereka menyekat kebebasan pekerja asing daripada membuat keputusan untuk bekerja dan di mana mereka tinggal .
Pada tahun 2003 , seorang pendatang Iran , Abbas Amini , telah melakukan mogok lapar dan hampir mati kerana membantah penghantaran pulang oleh Britain . Beliau menjadi simbol bagi pendatang kerana telah menuduh kerajaan British atas sebab perkauman . Menurut Buyum , warga kulit hitam , berkata , pembuangan negeri kini menjadi satu isu yang biasa di Eropah . Peningkatan pencarian tempat perlindungan memberi kesan kepada keadaan ekonomi yang semakin mengancam berjuta-juta penduduk . Parti Kebangsaan British (BNP) , sebuah parti yang menyokong pendatang dihantar pulang , telah memenangi kerusi majlis tempatan di kawasan luar London . Struktur perkauman British telah memberikan pemerhati A.S. satu makna yang dipanggil Deja Vu . Disini didapati orang kulit hitam dikenakan hukuman yang lebih berat daripada orang kulit putih atas kesalahan yang sama . Buyum juga tidak menyokong perwakilan agama tetapi beliau fikir rakyat yang ditindas mempunyai hak untuk bersuara .
Pada tahun 1990 , Perdana Menteri Tony Blair , mengumumkan bahawa polisi penghijrahan akan dijalankan berdasarkan pengambilan pendatang asing untuk bekerja dalam jumlah yang besar . Pada tahun 1997 , kerajaan buruh telah membenarkan migrasi menjadi sebahagian daripada ekonomi moden British . Tujuan kerajaan adalah untuk mengurangkan migrasi penduduk kepada sifar. Flynn dan Buyum menyifatkan pertumbuhan penguatkuasaan di Britain , yang serupa di A.S. . Kerajaan British telah menubuhkan sekatan terhadap majikan pekerja-pekerja yang tidak sah pada tahun 1996 dan telah memperkenalkan satu dokumen sistem identiti kebangsaan . Memberi pemit kerja kepada individu-individu yang mahir bukanlah satu perkara yang baik untuk ekonomi negara yang mengrekrut pekerja tersebut . Sebagai contoh , perkhidmatan awam di Britain telah lumpuh kerana mereka mengambil terlalu sedikit pekerja yang berkemahiran . Pendatang kontrak dibayar upah dibawah harga minimum dan tanpa cuti . Kadang kala majikan menyediakan rumah kepada pekerja , tetapi rumah tersebut didiami oleh pekerja yang lain dan dalam keadaan yang tidak mempunyai keselamatan yang rapi dan kurang selesa .
No comments:
Post a Comment