CAPTER 4
Mengikut artikel ‘illegal’ bermaksud atau digunakan untuk seseorang yang datang ke Negara asing tanpa ada apa-apa dokumen yang sah. Bagi Guthrie, beliau maksudkan seseorang itu bukanlah berada di tempatnya dimana seseorang itu datang bekerja bukan juga sebahagian daripada komuniti atau diterima oleh masyarakat sekeliling negara itu. Selama 22 tahun, pendatang haram yang datang secara tidak sah ini, bekerja sebagai pekerja kontrak dan mereka yang dikerah tenaga. Pekerja yang dapat ditangkap sering diberi peluang untuk dihantar semula dan diterbangkan ke sempadan Mexico.
Disana mereka akan diupah semula tetapi diletakkan dibawah kontrak.
Ada juga setengah pekerja turun bekerja tanpa pengenalan diri dan prose situ dikenali sebagai ‘drying out wetback’. Pada tahun 2004, Presiden George W. Bush akhirnya memperkenalkan satu pelan baru yang telah di tunggu-tunggu oleh mereka untuk pembentukan imigrasi (pendatang asing).
Amerika Syarikat masih mempunyai 1 program untuk pekerja luar didalam bidang pertanian, program H2-A lebih kurang seperti skim Bracero yang lama. Setiap musim pendatang pekerja ladang yang datang dari utara dan selatan Carolina, Georgia dan selain daripada pantai timur dan selatan negeri yang melepasi seperti yang Garcia gambarkan. Manakala 10,000 pekerja yang diproses di utara Carolina setiap tahun. Program H2-A penanam untuk menyediakan rumah untuk buruh-buruh kontrak yang mereka bawa ke dalam Negara ini. pada tahun 2000, persatuan-persatuan perniagaan tani mencadangkan meluaskan program tersebut. Tetapi mengikut Goldstein, meraka hanya perlu memberi kan elaun perumahan pekerja jika diiktiraf oleh kerajaan. Bagi beliau, hal ini tidak adil sama sekali kerana beliau memikirkan apa pandangan penduduk luar berkenaan kelebihan yang diberikan kepada pekerja asing.
Makanan Garcia di kem-kem tempat mereka tinggal agak membimbangkan kerana setiap tahun didapati ada pekerja yang mati akibat keracunan makanan. Pekerja sering mengadu tentang makanan yang tidak sesuai dengan budaya mereka. Kadang-kadang mereka mogok dengan makanan yang diberikan kepada mereka tetapi tidak dilayan oleh majikan. Malah majikan akan mengusir mereka dari terus bekerja dengannya agar mereka tidak berani untuk membuat mogokan lagi. Selain itu, program H2-A menetapkan kadar gaji minimum, lebih kurang $7 sejam dan meningkat $8 pada tahun 2006. Jika pekerja lebih banyak permintaan, majukan sering mengugut mereka dengan cara menghantar mereka ke Jabatan Buruh agar mereka berasa takut.
Selain itu, pekerja tidak sah ini boleh membuat pilihan sama ada memilih untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan bekerja di tempat lain atau memberi majikan banyak manfaat.
Dalam artikel New York Times menyatakan bahawa pertanian ekonomi reput disebabkan kekurangan pekerja dimana pekerja yang memilih pekerjaan. Adakah perlu mengimport pekerja-pekerja atau makanan??industri pertanian di Amerika Syarikat mengalami krisis buruh kerana tiada peningkatan gaji kepada pekerja. Salah seorang pekerja Amerika Syarikat mengakui berkenaan gaji yang terlalu rendah dan sukar untuk menampung kehidupan keluarga. Lebih kurang 20% produk-produk pertanian US rosak akibat cuaca buruk yang mendakwa di Carolina a kehilangan 30% tanaman manakala di North Carolina kehilangan hampir 1/3 tanaman timun.
Di US sangat memerlukan pekerja asing yang merupakan buruh murah bagi kerja-kerja diladang (perladangan). Pekerja-pekerja yang datang dari Mexico, Amerika Latin, dan Asia adalah pekerja asing dimana gaji mereka yang rendah. Kesan daripada kerugian tanaman yang besar yang disebabkan oleh kekerungan tenaga buruh, beberapa tanaman intensif dilakukan iaitu buah ceri dan strawberi telah berkembang sebanyak 20% dalam tempoh 5 tahun. Mengikut ahli ekonomi pertanian, Philip Martin menyatakan bahawa purata gaji diladang $9.06 sejam. Dan purata ini didapati gaji minimum termasuk tenaga mahir. Disini, pekerja Immokalee berjaya meyakinkan McDonald dan rantaian makanan segera yang lain untuk menaikkan harga mereka membayar tomato. Gaji yang rendah bermakna keluarga mereka tinggal dalam sempit seperti ikan sardin. pekerja dari Mexico sering tidur dalam kereta atau dibawah pokok kerana pendapatan mereka yang rendah yang membuatkan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah.
Satu demi satu masalah yang melanda,selepas beberapa minggu ada pekerja menghidapi penyakit kuku. Smith, salah seorang diantara pekerja buruh asing telah mendapat penyakit kuku mungkin disebabkan bekerja tanpa menggunakan sarung tangan ketika menyembur racun perosak. Undang-undang North Carolina memberi amaran supaya tidak kembali ke Mexico untuk mengelak daripada wabak penyakit tersebut. Didalam undang-undang ada menyatakan hak pekerja iaitu meninggalkan pekerjaan atau perletakan jawatan secara sukarela. Namun demikian, beberapa sebab mereka yang hilang kelayakan untuk bekerja iaitu :
- Kematian dalam keluarga
- Malas
- Lambat datang kerja
- Mengganggu pekerja lain
Tahun 2005, Farm Labor Organizing Committee (FLOC) memaksa NCGA menandatangani kontrak kesatuan. Presiden Baldemar Velaquez berkata bahawa kontrak pekerja-pekerja memperolehi prosedur untuk memprotes atau membuat aduan.Tetapi apabila kesatuan FLOC di Mexico untuk memulakan pemantauan dan menghampuskan senarai hitam FLOC diserang. Pada 9 April 2007, Rafael Cruz ditemui diikat dan dipukul hingga mati. Menurut beliau, pembunuhan itu adalah tindakan balas yang berterusan oleh perjuangan FLOC menentang kontraktor buruh rasuah. Walaupun kontrak kesatuan boleh menghampuskan banyak rasuah tetapi pekerja lebih banyak kebebasan dan hak.
Pada tahun 1986, pembaharuan Imigresen dan Akta Kawalan mencipta visa baru dalam program H2-B dimana syarikat boleh membawa pekerja asing ke US dalam pekerjaan bukan pertanian. Apabila pekerja yang bekerja keras, majikan berjanji akan mempertingkatkan visa mereka. Tetapi visa yang kurang dari satu tahun terpaksa membuat pembayaran setiap tahun untuk teruskan kerja. Di bawah undang-undang, mana-mana syarikat perlu membayar kerja yang lebih masa selepas 8jam. Siasiatan yang dibuat oleh Jabatan Buruh Bahagian Jam untuk kerja lebih masa yang tidak berbayar. Syarikat akan didenda sekiranya melanggar undang-undang seperti :
- Pelanggaran perumahan
- Menggunakan pengankutan buruh ladang yang tiada lessen
Dari segi rang undang-undang Berman, Pekerjaan Pertanian dan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau dikenali sebagai AJOBS dimana akan membantu mereka dengan melonggarkan sekatan ke atas program H2. Ianya akan membolehkan penanam untuk membayar elaun perumahan dan bukannya menyediakan perumahan dan akan membekukan gaji minimum yang diperlukan. Atas cadangan Howard Berman, pekerja-pekerja buruh yang menjalankan 100 hari kerja di ladang selama 18 bulan boleh memohon untuk undang-undang status sementara. Jika mereka menyelesaikan kerja 360 hari dalam tempoh 6 tahun, mereka akan dapat menjadi penduduk tetap. Pekerja juga akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pekerja Migran yang membenarkan pekerja menyaman majikan di atas pelanggaran buruh yang dibuat.
Cadangan Bush di Mexico telah ditolak kerana mereka mangatakan rakyat mereka diperlakukan seperti binatang dan sebab yang sama dengan program Bracero. Cadangan itu akhirnya dimasukkan kedalam rang undang-undang imegresen yang diperkenalkan Kongres Luis Gutierrez dan Senator Edward Kennedy. Di bawah akta ini, membenarkan orang-orang yang tinggal di US selama 5 tahun untuk memohon status undang-undang.
Dalam usaha memenangi anti-pendatang, Jabatan Imigresen Akta Pembaharuan 1965 menyatakan mengutamakan keluarga, masyarakat dan dan menggantikan system Bracero. Bush pula mengatakan ianya perlu digantikan dengan system merit di mana membolehkan orang ramai untuk melayakkan visa mereka yang mempunyai kemkahiran kerja yang diingini oleh majikan.
Disebalik konflik diatas, terdapat jurang yang lebih mendalam terhadap maksud dasar imigresen. Adakah mereka dibentuk atas hasrat majikan???atau penghijrahan harus menghasilkan komuniti yang kuat mampu untuk menuntut hak-hak mereka??
No comments:
Post a Comment