I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 29 October 2011

Kenapa Kami DATANG?!

PERSOALAN SERING TIMBUL !!!!
SAMA ADA MEREKA DATANG SECARA SUKARELA ATAUPUN TIDAK???
SEDIKIT KUPASAN AKAN DIBONGKARKAN PADA HARI INI..
KITA SAMA-SAMA MERUNGKAIKAN SEGALA PERSOALAN YANG TIMBUL DALAM PEMBACAAN SETERUSNYA...

Tulisan saya sebelum ini menyebut tentang bagaimana memiliki pekerjaan dianggap sebagai jenayah bagi imigran dari Mexico yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Penulisan kali ini akan bertumpu kepada sebab mengapakah mereka sanggup berhijrah dari negara asal, dan bekerja di Amerika Syarikat walaupun hakikatnya, kehidupan di sana juga agak susah, bukannya dari segi ekonomi, tetapi dari segi sosiobudaya, tekanan politik dan sebagainya.
           
Kemelesetan ekonomi menjadi punca utama bagi fenomena berlakunya penghijrahan warga Mexico ke Amerika Syarikat. Hampir 30 juta rakyat Mexico yang CUBA hidup dengan kurang dari 30 Peso sehari (Kurang dari US$3), hakikatnya kos sara hidup minimum adalah 45 Peso. Kerajaan persekutuan menganggarkan 37.7%  dari sejumlah 106 juta rakyat Mexico (40 juta), hidup dalam kemiskinan dan 23.6%  dari sejumlah 106 juta rakyat Mexico (25 juta) yang hidup dalam kemiskinan yang melampau. Di kawasan pedalaman Mexico, lebih 10 juta orang yang hanya menerima pendapatan harian kurang dari 12 Peso (lebih sedikit dari US$1). Persatuan Pekerja Antarabangsa (International Labor Organization) menyatakan fakta ini jelas menunjukkan bahawa pendapatan rakyat Mexico jatuh dengan lebih drastik dan pantas berbanding negara Amerika Latin.

Penghijrahan ini bukanlah di ilhamkan dalam sekelip mata, mereka tidak sewenang-wenangnya berfikir untuk berpindah ke negara lain tetapi terdapat mekanisme yang menyebabkan mereka mula berhijrah ke Amerika Syarikat. Oaxaca ialah salah satu titik pertama yang memulakan mekanisme penghijrahan rakyat Mexico ke Amerika Syarikat. Oaxaca sebenarnya adalah negeri yang didiami petani kecil-kecilan yang majoritinya mengusahakan tanaman jagung. Bagi tempoh yang lama, CONASUPO iaitu sebuah rangkaian perniagaan barangan rumah, membeli jagung yang ditanam oleh petani kecil kecilan Oaxaca pada harga bersubsidi tinggi, kemudian memproses jagung ini menjadi tortila (makanan rakyat Mexico) dan menjualnya pada harga bersubsidi rendah di bandar-bandar utama di Mexico. Reformasi ekonomi dan Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) telah menyebabkan kerajaan Mexico untuk membubarkan sistem CONASUPO dan subsidi. Harga barang menjadi tidak terkawal dan meningkat dengan dramatik seperti harga bahan bakar gas, caj elektrik, tambang bas, tortila dan susu. Pada tahun 2006, harga 1 gallon susu yang dijual di kedai serbanika Mexico adalah lebih dari US$3, harga yang jauh lebih tinggi berbanding di kedai serbanika di Amerika Syarikat sendiri.

Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) telah meruntuhkan ‘dinding kastam’ yang selama ini menghalang kemasukan jagung dari Amerika Syarikat ke Mexico. Pengusaha tanaman jagung di Amerika Syarikat biasanya mengusahakan jagung pada skala yang besar, kebanyakannya menggunakan teknologi mekanikal, penggunaan baja, racun serangga dan yang terbaru adalah penggunaan benih yang diubahsuai secara genetik menggunakan bioteknologi. Kesemua fakta ini menyebabkan kos penghasilan jagung di Amerika Syarikat adalah jauh lebih rendah berbanding kos penghasilan jagung di Mexico. Tambahan lagi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat banyak memberi pakej rangsangan dan subsidi kepada pengusaha tanaman jagung di Amerika Syarikat, tetapi Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) telah menghalang kerajaan Mexico membayar subsidi kepada petani-petani di Mexico.

Menurut Juan Manuel Sandoval, seorang profesor di Institut Antropologi dan Sejarah Nasional Mexico dan ketua bagi Rangkaian Perdagangan Bebas Mexico, apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) mula berkuatkuasan sahaja, banyak pengusaha jagung besar-besaran di Mexico yang membeli jagung dari Amerika Syarikat dan menjualnya semula, kerana kosnya adalah lebih rendah berbanding mereka sendiri yang menanamnya. Tapi bagi majoriti yang lain, iaitu petani jagung kecil-kecilan seperti di Oaxaca, harga jagung yang dijual adalah jauh lebih rendah berbanding kos penghasilannya. Keluarga petani ini tidak dapat menjual jagung yang cukup (pulangan yang rendah) untuk membeli makanan dan keperluan lain dalam masa beberapa tahun, ramai antara mereka yang mencari jalan lain untuk meneruskan hidup.

Kadar kemiskinan bagi warga Oaxaca sentiasa lebih tinggi dari min kemiskinan negara, dan warga Oaxaca telah mula mencari kerja di luar negeri mereka sejak berabad lamanya. Warga Oaxaca mulanya hanya berhijrah di dalam Mexico sahaja, bermula pada akhir tahun 1950 an yakni semasa polisi kerajaan bagi pembangunan luar bandar mula gagal. Mereka mula mendapat kerja di bandar Veracruz iaitu kerja sebagai pemotong tebu dan pemetik buah kopi, kemudian ladang dan kilang baru milik Sinaloa dan Baja California dibuka dibahagian Utara Mexico, yang mana mereka menanam tomato dan strawberi bagi pasaran pasaraya di Amerika Syarikat, memerlukan pekerja yang ramai dengan kadar yang segera. Perusahaan ini memerlukan pekerja yang ramai kerana mereka menghasilkan tomato dan strawberi pada skala komersial yang besar. Situasi ini menyebabkan mereka mula merekrut pekerja dari kalangan warga Oaxaca, dan semakin ramai warga Oaxaca yang berhijrah ke sana. Fenomena pergerakan warga Oaxaca ke Utara Mexico yang pada asalnya ingin bekerja untuk ladang dan kilang, menyebabkan mereka akhirnya menceroboh masuk ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan. 

Hari ini, ribuan warga Oaxaca meninggalkan kampung halaman mereka setiap tahun untuk berhijrah sama ada ke tempat lain di dalam Mexico atau ke Amerika Syarikat, dan wang yang mereka kirimkan kepada keluarga mereka di Oaxaca, menjadi faktor yang sangat penting kepada bandar itu untuk terus ‘hidup’. Pada tahun 2005, Presiden Mexico, Vicente Fox mengatakan bahawa, warga Mexico yang bekerja di Amerika Syarikat yang hanya menerima gaji yang sangat kecil, telah mengirimkan wang berjumlah $18 billion ke negara asal mereka dan pada tahun 2006, ia mencecah $25 billion! Ini jelas menunjukkan bahawa peghijrahan ke Amerika Syarikat bukanlah satu pilihan, tetapi ianya satu keperluan!!

Thursday, 20 October 2011

Bab 1 Bekerja Adalah Jenayah!

Bermula dari tahun 2006 , setiap tahun , ribuan imigran asing telah dipecat dan dihantar pulang ke negara asal . Pemecatan dan penghantaran pulang mereka ke negara asal bermula pada tahun 2006 ini , tidak memberi kesan kepada lebih kurang 12 juta orang yang masih lagi menetap di Amerika Syarikat tanpa dokumen yang sah , tetapi mereka telah mencetuskan impak politik di Amerika Syarikat .


Dalam satu sidang media di Washington , Amerika Syarikat , Seiausaha Dalam Negeri , Micheal Chertof memberitahu wartawan bahawa penguatkuasaan yang dijalankan mementingkan tiga perkara iaitu :

          i . Keselamatan di sempadan yang lebih ketat
         ii . Penguatkuasaan dalaman negara yang efektif
        iii . Program pekerja sementara

Beliau mengambil peluang untuk mengetengahkan cadangan presiden , iaitu program 'Guest-Worker' yang telah gagal beberapa bulan selepas cadangan ini dikemukakan dalam kongres . Aktiviti imigran dan pekerja melihat perkara yang berlaku ini dari perspektif yang berbeza , dan beranggapan bahawa adanya motif tersembunyi di sebalik pemecatan ini . Aktivis ini mengeluarkan pendapat bahawa motif utama adalah 'pembersihan' di tempat-tempat tertentu yang mana :

          i . Munculnya pekerja-pekerja yang mula menubuhkan persatuan
         ii . terdapat pekerja yang cuba menegakkan undang-undang perlindungan pekerja
        iii . pekerja mula memperjuangkan kenaikan gaji dan kelebihan pekerja
        iv . atau paling kurang memperjuangkan hak mereka !

Emeryville's woodfin Suites adalah contoh utama untuk permasalahan ini . Pada November tahun 2005 , para pengundi di Emeryville telah menyerahkan ordinan perlindungan pekerja , yang juga dikenali sebagai Measure C. Inisiatif ini adalah ilham daripada East bay alliance for a Suistainable Economy (EBASE) , kumpulan advokasi pekerja yang merangkumi beberapa pemikiran baru dalam gerakan pekerja . EBASE turut disertai oleh kesatuan dan komuniti aktivis untuk kekal bergabung dalam usaha menegakkan hak-hak pekerja yang dizalimi .




Emeryville yang sebelumnya adalah zon bebas cukai telah digabungkan semula oleh imigran-imigran asing . Ini membawa kepada perubahan demografi bagi kawasan penempatan itu kepada warga asing . EBASE telah melihat perubahan ketara ini , dan menyedari bahawa masyarakat di Emeryville akan bersuara bagi pihak imigran asing yang lain , memandangkan majoriti penduduknya adalah pekerja imigran bagi hotel-hotel berdekatan , termasuk Woodfin Suites , salah sebuah hotel di Emeryville . Mereka di EBASE telah mengumpulkan tandatangan untuk ordinan upah sara diri supaya diberi mandat minimum sebanyak sembilan dolar bagi setiap jam , dan purata sebelas dolar sejam , dalam setiap hotel di Emeryville .

          Pihak atasan dari hotel-hotel tersebut , iaitu Holiday Inn , Marriott Courtyard , Sheraton Four Points , dan juga Woodfin Suites , membantah ordinan tersebut . Namun usaha mereka gagal kerana kekurangan undi dan perintah mahkamah . Pihak hotel menegaskan bahawa mereka telah patuh pada Measure C . Walaubagaimanapun , pada bulan September , pihak hotel mula menempelak pekerja asing yang telah lama berkhidmat sebagai tidak mempunyai Kad Sekuriti Sosial yang sah .



Persoalannya , 

Mengapa pekerja asing ini tidak diberitahu pada peringkat awal bahawa pekerjaan mereka tidak sah apabila tidak memiliki Kad Sosial Sekuriti yang sah ?


          Woodfin Suites mendakwa notis dari pihak administrasi Sosial Sekutiri telah diberi seawal bulan Mei , tetapi mengapa tindakan hanya diambil setelah pekerja asing menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak pengurusan hotel apabila tidak menurut ordinan yang telah diperuntukkan ?

          Dalam Immigration Reform and Control Act (1986) , satu rang undang-undang telah digubal iaitu majikan diberi kebenaran untuk menghalang pekerja asing tanpa visa imigran yang sah dari bekerja . Ia adalah jenayah bagi pekerja sekiranya menjalankan pekerjaan tersebut tanpa dokumen yang sah . Namun , kebanyakan majikan memilih untuk membenarkan pekerja imigran asing yang terdesak bagi memenuhi keperluan mereka . Setiap kali pekerja imigran ini cuba untuk menegakkan hak mereka untuk diberi kelonggaran bekerja , segala ugutan untuk memecat , atas alasan undang-undang digunakan .

          Banyak pihak berpendapat bahawa kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh majikan tidak diberi perhatian , namun setiap majikan berhak menamatkan pekerjaan imigran asing tanpa belas .

    

Thursday, 13 October 2011

BY : David Bacon

Pendahuluan
Perkataan “tidak sah” telah menjadi satu perkataan ‘hikmat” di dalam sistem politik Amerika Syarikat. Bertahun-tahun lamanya, pejuang hak pendatang asing ataupun imigran, cuba menerapkan perkataan ‘tidak berdokumen’ bagi menggantikan perkataan ‘tidak sah’ bagi imigran yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah yang masuk ke Amerika Syarikat. Aktivis ini berjuang tanpa henti untuk memperjuangkan dasar kesamarataan dan kemanusiaan dan protes terhadap penghantaran pulang dan ketidakadilan bagi imigran ‘tidak sah’ ini, dan antara slogan yang paling memberi kesan kepada masyarakat Amerika Syarikat ialah ‘TIADA MANUSIA YANG TIDAK SAH!’.

           Isu ini telah mencetuskan suasana tegang dan histeria di antara ahli politik dan juga ditakuti sesetengah pihak. Perkara ini bakal memberi impak yang sangat besar dari perspektif ekonomi bagi majikan, bagi industri kecil-kecilan ataupun industri besar-besaran seperti perkilangan dan sebagainya. Isu imigran ‘tidak sah’ ini sebenarnya tidaklah ‘menghina’ ataupun melanggar mana-mana peraturan negara dunia terutamanya Amerika Syarikat, logiknya berabad lamanya, tiada perkataan ‘visa’ ataupun ‘dokumen sah’ yang digunakan untuk merentasi sempadan negara ciptaan manusia ini. Bezanya bagi yang mempunyai dokumen sah ataupun warganegara mempunyai hak-hak istimewa, tetapi perkara ini telah merebak seperti api yang membakar hutan di Amerika Syarikat hatta asalnya isunya hanyalah kecil sahaja, dan tidak dinafikan, imigran di Amerika Syarikat juga adalah penggerak ekonomi di negara itu.

            Perkataan ‘tidak sah’ ataupun ‘bracero’ (perkataan yang digunakan oleh Rigoberto Garcia) atau ‘clandestino’ (perkataan yang digunakan Manu Chao) semuanya membawa maksud ketidaksamarataan status kebanyakan orang yang terpaksa berhijrah ke negara lain disebabkan pertambahan populasi dan persaingan ekonomi. Buku ini diberi tajuk Illegal People yang mendedahkan realiti sebenar status imigran di Amerika Syarikat. Proses globalisasi sistem politik dan sistem ekonomi sebenarnya menjadi paksi permulaan imigran ‘tidak sah’ dan kemudian sistem ini jugalah yang menidakkan hak imigran ‘tidak sah’ walaupun mereka hanya cuba untuk kekal hidup dan berpindah untuk mencari kerja.

            Perbincangan yang kononnya cuba dijalankan di kongres-kongres, konvensyen-konvensyen dan berbagai lagi perjumpaan lain sebenarnya tidak mempunyai sebarang impak kerana ‘mereka-mereka’ yang sebenarnya menerima kesan globalisasi ini tidak dilibatkan dalam mesyuarat dan suara mereka diketepikan dan faktor inilah yang membuatkan masalah imigran ini seperti tidak dapat diselesaikan. Natijahnya tiada siapa yang faham keperitan sebenar ataupun kos yang dihadapi imigran ‘tidak sah’ ini sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi kayu ukur bagi penyelesaian masalah ini.
            Buku ini ditulis dengan dasar membela imigran ‘tidak sah’ yang berdepan dengan masalah kemiskinan, isu migrasi, penghantaran pulang ke negara asal atau deportasi. Buku ini tidaklah memberikan penyelesaian secara keseluruhan, tetapi memberikan alternatif dari perspektif politik dan ekonomi yang dicadangkan oleh ‘mereka-mereka’ yang selalu diasingkan dari perbincangan isu ini. Buku ini secara ringkasnya akan membincangkan perkara-perkara berikut:
        i.            Mencari kerja adalah jenayah!
      ii.            Mengapa kami datang?
    iii.            Migrasi dan anjakan
    iv.            Masa lalu
      v.            Kamu di pihak siapa?
    vi.            Kulit hitam + imigran + persatuan = KUASA!!
  vii.            Manusia ‘tidak sah’ atau kerja ‘tidak sah’??
viii.            Kuasa Dunia baru milik siapa??
Banyak bahan bacaan lain yang boleh diperolehi untuk mengupas isu ini dengan lebih lanjut seperti di majalah, surat khabar (yang lebih kerap membincangkan isu ini berbanding isu lain), dan sumber yang lebih sahih boleh didapati di immigrationnewsbroefs@gmail.com (Cuma hantar nota ringas kepada mereka menyatakan anda inginkan maklumat mengenai imigran di Amerika Syarikat).  Sumber rujukan lain yang boleh digunakan:

        i.            Mexican Action Network on Free Trade (www.rmalc.org.mx/index.shtml)
      ii.            American Friends Service Committee (www.afsc.org)
    iii.            Alliance for Responsible Trade (www.art-us.org/)
    iv.            IBON Foundation di Manila (www.ibon.org/)
      v.            The National Immigration Law Center (www.nilc.org)




Friday, 7 October 2011

Tak Kenal Maka Tak Tahu

GLOBALISASI


Apa yang anda ketahui pada masa ini ?
Apa yang berlaku pada hari ini yang berkaitan dengan GLOBALISASI ?
Tahukah anda? Ambil berat?
Terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan GLOBALISASI..
Oleh itu, saya sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab akan mencungkil sebanyak yang boleh berkaitan dengan GLOBALISASI.






Isu-isu yang berkaitan akan saya hebahkan disini.
Diharap saya dan kalian dapat sama-sama huraikan satu persatu yang berkaitan dengan GLOBALISASI.