PERSOALAN SERING TIMBUL !!!!
SAMA ADA MEREKA DATANG SECARA SUKARELA ATAUPUN TIDAK???
SEDIKIT KUPASAN AKAN DIBONGKARKAN PADA HARI INI..
KITA SAMA-SAMA MERUNGKAIKAN SEGALA PERSOALAN YANG TIMBUL DALAM PEMBACAAN SETERUSNYA...
Tulisan saya sebelum ini menyebut tentang bagaimana memiliki pekerjaan dianggap sebagai jenayah bagi imigran dari Mexico yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Penulisan kali ini akan bertumpu kepada sebab mengapakah mereka sanggup berhijrah dari negara asal, dan bekerja di Amerika Syarikat walaupun hakikatnya, kehidupan di sana juga agak susah, bukannya dari segi ekonomi, tetapi dari segi sosiobudaya, tekanan politik dan sebagainya.


Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) telah meruntuhkan ‘dinding kastam’ yang selama ini menghalang kemasukan jagung dari Amerika Syarikat ke Mexico. Pengusaha tanaman jagung di Amerika Syarikat biasanya mengusahakan jagung pada skala yang besar, kebanyakannya menggunakan teknologi mekanikal, penggunaan baja, racun serangga dan yang terbaru adalah penggunaan benih yang diubahsuai secara genetik menggunakan bioteknologi. Kesemua fakta ini menyebabkan kos penghasilan jagung di Amerika Syarikat adalah jauh lebih rendah berbanding kos penghasilan jagung di Mexico. Tambahan lagi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat banyak memberi pakej rangsangan dan subsidi kepada pengusaha tanaman jagung di Amerika Syarikat, tetapi Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) telah menghalang kerajaan Mexico membayar subsidi kepada petani-petani di Mexico.
Menurut Juan Manuel Sandoval, seorang profesor di Institut Antropologi dan Sejarah Nasional Mexico dan ketua bagi Rangkaian Perdagangan Bebas Mexico, apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Utara Amerika (NAFTA) mula berkuatkuasan sahaja, banyak pengusaha jagung besar-besaran di Mexico yang membeli jagung dari Amerika Syarikat dan menjualnya semula, kerana kosnya adalah lebih rendah berbanding mereka sendiri yang menanamnya. Tapi bagi majoriti yang lain, iaitu petani jagung kecil-kecilan seperti di Oaxaca, harga jagung yang dijual adalah jauh lebih rendah berbanding kos penghasilannya. Keluarga petani ini tidak dapat menjual jagung yang cukup (pulangan yang rendah) untuk membeli makanan dan keperluan lain dalam masa beberapa tahun, ramai antara mereka yang mencari jalan lain untuk meneruskan hidup.
Kadar kemiskinan bagi warga Oaxaca sentiasa lebih tinggi dari min kemiskinan negara, dan warga Oaxaca telah mula mencari kerja di luar negeri mereka sejak berabad lamanya. Warga Oaxaca mulanya hanya berhijrah di dalam Mexico sahaja, bermula pada akhir tahun 1950 an yakni semasa polisi kerajaan bagi pembangunan luar bandar mula gagal. Mereka mula mendapat kerja di bandar Veracruz iaitu kerja sebagai pemotong tebu dan pemetik buah kopi, kemudian ladang dan kilang baru milik Sinaloa dan Baja California dibuka dibahagian Utara Mexico, yang mana mereka menanam tomato dan strawberi bagi pasaran pasaraya di Amerika Syarikat, memerlukan pekerja yang ramai dengan kadar yang segera. Perusahaan ini memerlukan pekerja yang ramai kerana mereka menghasilkan tomato dan strawberi pada skala komersial yang besar. Situasi ini menyebabkan mereka mula merekrut pekerja dari kalangan warga Oaxaca, dan semakin ramai warga Oaxaca yang berhijrah ke sana. Fenomena pergerakan warga Oaxaca ke Utara Mexico yang pada asalnya ingin bekerja untuk ladang dan kilang, menyebabkan mereka akhirnya menceroboh masuk ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan.
Hari ini, ribuan warga Oaxaca meninggalkan kampung halaman mereka setiap tahun untuk berhijrah sama ada ke tempat lain di dalam Mexico atau ke Amerika Syarikat, dan wang yang mereka kirimkan kepada keluarga mereka di Oaxaca, menjadi faktor yang sangat penting kepada bandar itu untuk terus ‘hidup’. Pada tahun 2005, Presiden Mexico, Vicente Fox mengatakan bahawa, warga Mexico yang bekerja di Amerika Syarikat yang hanya menerima gaji yang sangat kecil, telah mengirimkan wang berjumlah $18 billion ke negara asal mereka dan pada tahun 2006, ia mencecah $25 billion! Ini jelas menunjukkan bahawa peghijrahan ke Amerika Syarikat bukanlah satu pilihan, tetapi ianya satu keperluan!!
No comments:
Post a Comment