I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 29 November 2011

Mississippi Battleground

Di negara Mississippi , ketua politik Afrika-Amerika dan penganjur pendatang menggunakan algebra yang berbeza , iaitu apabila orang kulit hitam bergabung dengan pendatang dan kesatuan akan membentuk sebuah kuasa besar . Sejak tahun 2000 , ketiga-tiga kuasa besar tersebut telah bekerjasama dalam menubuhkan “Mississippi Immigrant Right Alliance” iaitu MIRA - mencari titik persamaan antara pendatang , orang Amerik-Afrika dan buruh merupakan strategi jangka panjang MIRA .

          Pada tahun 1962 , Medgar Evers sebagai setiausaha , “Persatuan Kemajuan Rakyat Berwarna Kebangsaan” (NAACP) telah berjaya menghapuskan sifat perkauman yang berlaku di negara tersebut . Bermula pada awal tahun 1900 , penduduk berkulit hitam di Mississippi semakin berkurangan dan penghijrahan orang kulit hitam beramai-ramai dari Selatan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah negara tersebut . Selaku pengerusi gabungan kuasa , Evan , bersama rakan politiknya , Bill Chandler , sebagai pengarah eksekutif , mereka percaya bahawa keadilan sosial dan prkatikaliti politik akan menumpu pada satu-satu tempat dengan kehadiran sesebuah komuniti . Mississippi , seperti negeri-negeri selatan yang lain , mula kekurangan penduduk kulit hitam bermula pada awal tahun 1900 . 
     
Puak Ku Klux Klan

Puak Ku Klux Klan

          Sebelum keganasan puak Ku Klux Klan bermula pada akhir tahun 1800 , orang Amerika-Afrika merupakan majoriti penduduk di negeri ini . Penghijrahan beramai-ramai orang kulit hitam keluar dari Selatan merupakan antara migrasi dalaman terbesar yang pernah terjadi dalam sejarah negara tersebut . Dari tahun 1995 hingga tahun 2000 , ibu negeri , Jackson , meraih 3,600 penduduk kulit hitam . Pada tahun 2000 , lebih 36 peratus daripada 2.8 juta penduduk Mississippi merupakan orang Afrika-Amerika . Empat dekad yang lalu , Presiden Richard Nixon telah membawa satu struktur kuasa putih ke dalam Parti Republik , tetapi di ancam oleh keadilan sivil dan MIRA pula menjadi buah pemikiran strategik dalam kalangan pelbagai kumpulan pekerja-pekerja pusat Afrika-Amerika .

            Chadler merupakan orang yang membantu mendapatkan pengiktirafan bagi tiga buah kasino yang terdapat di Mississippi telah menganjurkan Komunikasi Pekerja untuk para pekerja di dalam negeri . Pejuang politik mula melihat perubahan yang berlaku pada tahun 1991 , apabila Mississippi meluluskan undang-undang yang membenarkan pembangunan kasino membawa masuk pekerja-pekerja binaan migrant yang pertama dari Florida . Majikan-majikan kemudian mula menggunakan kontarktor untuk membekalkan keperluan tenaga pekerja mereka yang semakin meningkat . Pekerja import kemudiannya dibawa masuk untuk memenuhi pekerjaan yang telah diwujudkan .

              Pada tahun 2002 ,  lebih banyak pendatang yang berhijrah untuk mencari pekerjaan dan sesetengah daripada pekerja import menangguhkan visa mereka untuk tinggal di sini . Orang Mexico dan Amerika Tengah menyertai Selatan dan Asia Tenggara dan mula menjelajah utara melalui negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan pedalaman dan di sana lah mereka bertemu dengan orang Afrika-Amerika . Ia bukan sesuatu perkara mudah bagi pendatang baru untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan persekitaran yang baru .

Laborers' International  Union of North America (LIUNA)

          Usaha Harden telah membuahkan kejayaan apabila rang undang-undang lesen pemandu telah diluluskan sebulat suara oleh Senat pada tahun 2001 . Chadler walaubagaimanapun , yakin bahawa satu gabungan yang menyokong hak-hak pendatang ini mampu memberikan potensi yang besar dan mampu mengubah landskap politik negeri tersebut . Dalam satu mesyuarat pada November , telah tertubuhnya Perikatan Hak Imigran Mississippi . Frank Curiel , seorang wakil Antarabangsa Kesatuan Buruh-buruh Amerika Utara (LIUNA) yang mahu bekerjasama dengan Pekerja Ladang Amerika Syarikat  , berkata "MIRA meletakkan pengurus LIUNA dengan "United Food and Commercial Workers" , UFCW, kerana mahu mereka memahami peranan kesatuan . Ia bukan sekadar melawan rasa tidak puas hati atau pengambilan pendatang pekerja asing tetapi satu masalah yang lebih besar iaitu tentang kesukaran untuk mendapatkan kontrak baru kerana terdapat lebihan buruh Latin dan keahlian yang sangat rendah . Kemudian , ribut taufan Katrina telah melanda Gulf dan telah memberi peluang kepada kontraktor untuk melakukan penyusunan semula dengan membawa pekerja mereka . MIRA juga mempertahankan kes-kes pekerja yang ditipu oleh majikan dan kes pengusiran . Sukarelawan MIRA mendapati pekerja import telah direkrut di India dan diarah untuk melakukan kerja-kerja kotor , berbahaya dan telah diasingkan daripada pekerja lain .

           Para majikan juga banyak yang menipu dengan menjanjikan gaji sebanyak 18 dolar sejam tetapi hanya diberikan separuh daripada gaji tersebut kerana mendapati pekerja kurang berkemahiran . Di luar , terdapat berpuluh-puluh pekerja dan pengkaji ekonomi di kutuk dan diberi layanan buruk oleh ahli masyarakat . Oleh itu , MIRA telah memulakan satu kempen pembelaan yang sah di sisi undang-undang dengan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan bagi mendapatkan kad pengenalan  untuk tinggal di negara tersebut . Semasa pilihan raya Mississippi pada tahun 2007 , gabenor dan penggubal undang-undang negeri Ku Klux Klan mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang . Di hadapan Lee County Courthouse , mereka memprotes untuk menghentikan penjajahan Latin . Adalah penting untuk Afrika-Amerika untuk memahami tujuan kedatangan mereka dan jika mereka mempunyai pilihan , jika mereka boleh hidup seperti seorang manusia , mereka tidak akan mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke sini kata Hill .
Lee County Courthouse

Sunday, 20 November 2011

Wednesday, 16 November 2011

Chapter 5.

Kelangsungan hidup bukan sesuatu yang mudah bagi Los Jornaleros del Norte. Kesemua ahli kecuali Alvarado, yang pada hari ini adalah seorang pengarah sepenuh masa bagi Pengorganisasian Rangkaian Hari Buruh Negara (NDLON) – mereka mencari rezeki dengan sekeping roti bagi mengisi perut setiap pagi. Tiada seorang pun daripada mereka memiliki kereta, jadi mereka bekerja keras bersama – sama hadapi kehidupan dan mengambil masa berusaha untuk membayar sewa setiap bulan. Tetapi apabila mereka mula bermain muzik, tetapi komuniti tetap mengenali diri mereka, bukan sahaja dalam perkataan dan muzik, tetapi dari segi mereka berpakaian, perlakuan, pelbagai lagi yang menampakkan mereka menyara hidup dengan bermain muzik di sepanjang tepi jalan. Ahli muzik yang menyara kehidupan dengan mendemonstrasikan bahawa perpaduan di kalangan buruh seperti mereka tidak hanya satu kemungkinan tetapi satu realiti.

IDEPSCA dan Gabungan Hak Kemanusiaan Imigran Los Angeles 
( CHIRLA) mula mengatur satu susut yang baru sebelum konfrontasi pagi ini. Apabila teras pekerja telah membentuk jawatankuasa untuk mengundi organisasi baru, CHIRLA dan IDEPSCA memujuk Sears untuk menderma tempat letak kereta lama di belakang kedai beliau, dan bandar itu akan menyumbang sedikit dana untuk megupah pekerja di tapak itu. Terletak di jalan utama, ia bukanlah satu lokasi yang ideal tetapi ia adalah yang terbaik yang IDEPSCA boleh dapatkan. Pekerja – pekerja yang komited untuk mencari kerja di temapt baru mula merasa kecewa apabila kontraktor mengambil pekerja di sepanjang jalan Home Depot. Pekerja tepi jalan telah mengambil pekerjaan mereka. Mereka meletakkan meletakkan tekanan kepada IDEPSCA untuk melakukan sesuatu.

Sementara itu, Hari Buruh adalah keutamaan di wilayah Utara Hollywood untuk mencari kerja, mereka mencari perkara – perkara lain disana juga bermula dengan persahabatan dan komuniti. CHIRLA dan IDEPSCA membawa banyak sumber tambahan dan bahan - bahan binaan untuk mengukuhkan sturuktur bangunan dimana kelas English diadakan. Sebaliknya membantu sesetangah mereka untuk mendapatkan pekerjaan, Pablo Alvarado, Victor Narro dan pekerja lain dilihat pada program Hari Buruh yang menyatukan pekerja. Mereka telah mengambil langkah dalam menganjurkan pembelajaran bahasa inggeris untuk meningkatkan kuasa pendapatan mereka.

Los Angeles : Peperangan Kelas Bawah Kosong

Berjuta orang yang bekerja, samada imigran atau bukan imigran, tidak menjamin hubungan dengan satu – satu majikan. Ekonomi dan demografi yang sering berubah telah mencipta persoalan bagaimana untuk mengurus buruh asing. Di Los Angeles dan dimana saja, penganjuran Hari Buruh mula mencadangkan jawapan itu. Kesatuan Buruh mencipta kestabilan dan membangunkan kepimpinan didalam situasi dimana setiap pekerja perlu mecari kerja baru setiap hari. Berkongsi budaya imigran yang bertindak sebagai alat yang paling berkuasa untuk membantu pekerja dalam memenuhi keperluan dan membina organisari dari akar umbi. Kesatuan Buruh U.S perlu ambil peduli, seperti mereka perlu mencari cara untuk menyatukan tenaga kerja yang semakin banyak dan kurang selamat berbanding sebelum ini. Penganjur CHIRLA dan IDEPSCA telah melatih penganjur untuk Hari Buruh dan menyediakan bantuan kepada kumpulan masyarakat di Portland, Seattle, dan bandar – bandar lain. Proses ini membawa kepada penubuhan Hari Rangkaian Pengorganisasian Buruh Kebangsaan (NDLON).

Selama lebih satu dekad, aktivis imigresen di dalam gerakan pekerja menentang sokongan AFL-CIO kepada sekatan majikan dan berhujah bahawa bukannya cuba untuk mengekalkan pekerja imigran daripada tenga kerja, Kesatuan harus mencuba untuk menguruskan mereka. Selama bertahun – tahun pertelingkahan ini berlaku. Tetapi, meningkatkan minat didalam pengurusan, secara tidak langsung meningkatkan program INS di tempat kerja, dan lebih ramai  yang bersuara dikalangan imigran didalam kesatuan yang akhirnya membawa perubahan kedalam AFL-CIO.

              Perdebatan yang berlaku di awal 1990 an didalam mesyuarat kesatuan di California, New York, and Chicago yang membawa kepada panyatuan dua kesatuan (didalam UNITE HERE) dan Kesatuan Perkhidmatan Pekerja Antarabangsa untuk meminta sekatan pemansuhan. diikuti dengan Persatuan Buruh Californiam dan organisasi hak imigran bermula untuk bekerjasama denga persatuan did alam program seperti hari tahunan untuk melobi perundangan negeri.

Bermula pada 1997, sekumpulan organisasi kesatuan, yang kebanyakannya adalah dikalangan pekerja imigran veteran, yang memulakan mesyuarat di kawasan San Francisco.
Mereka disertai oleh aktivis gabungan California Utara untuk hak – hak imigran dan Rangkaian Kebangsaan  bagi hak mereka terbentuk selepas laluan IRCA pada tahun 1986. Mereka bersama – sama membentuk Penganjur Rangkaian Buruh Imigran (LION).

           LION menganjurkan kedudukan kepada imigran pada syarikat – syarikat tempatan seperti Mediacopy, dan meyokong penganjuran seperti itu di hotel Berkeley Marina Radisson, dimana pekerja pro-kesatuan diugut dengan surat yang tidak sepadan. LION melakukan demonstrasi menentang Sekuriti Pentadbiran Sosial membantah surat yang tidak sepada, dan dipanggil pemansuhan sekatan majikan. Pada tahun 1999, aktivis LION telah menulis sat pertanyaan penyelesaian kepada AFL – CIO yang berada didalam kedudukan yang sama. Selepas Alameda County Central Labor Council meluluskan majlis – majlis lain dari pantai ke pantai dengan menggunapakai dan dihantar ke negara konvensyen yang ditetapkan untuk Los Angeles.

               Pendekatan yang tidak berjaya lulus reformasi imigresen berperikemanusiaan, apa-apa lebih daripada memenangi sepenuh-pekerjaan undang-undang atau lain-lain pembaharuan utama yang dicari oleh kesatuan sekerja dan masyarakat kelas pekerja. Di luar Beltway itu cadangan-cadangan yang komprehensif bertemu air pasang yang semakin meningkat penolakan di kalangan organisasi-organisasi masyarakat yang mempunyai sejarah yang panjang bekerja dengan pekerja.

       Perikatan Bay Timur Ekonomi Mampan (EBASE), yang membantu pekerja di Emeryville Woodfin Suites, mengguna pakai kenyataan yang menyeru agar perubahan dalam arah. Di New York City, Asia Selatan pendatang-organisasi hak Desis Rising Up serta dua puluh kumpulan-kumpulan lain membentuk Komuniti imigran Tindakan, dan mengutuk rang undang-undang kedua-dua House dan Senat untuk tidak menghentikan gelombang penahanan dan deportations melawat masyarakat Islam selepas 9 / 11. Gabungan lain termasuk buruh Hari Kebangsaan Menganjurkan Network (NDLON), Pengerahan Negara terhadap Kilang jahit, Staf Cina dan Persatuan Pekerja, dan Asia American Pertahanan Undang-Undang dan Tabung Pendidikan.

          Kumpulan ini berkata, sebagai tambahan kepada program-program tetamu-pekerja yang menolak, yang Kongres perlu memansuhkan majikan sekatan. Disebabkan bahagian-bahagian mereka, kesatuan gagal untuk menggubal rang undang-undang bahawa akan mempunyai pekerja bersatu merentasi garis bangsa dan negara, seperti ramai yang diharapkan selepas AFL-CIO Los Angeles konvensyen. Tidak ada kempen oleh buruh di Kongres di seluruh rang undang-undang alternatif atau rangka kerja untuk pembaharuan imigresen yang berdasarkan konvensyen resolusi 1999.

              Namun demikian, tidak kekurangan idea-idea alternatif. Memenangi pengampunan dan hak-hak untuk pendatang yang lebih besar, misalnya, boleh dikaitkan dengan program-program kerja untuk mengurangkan pengangguran, terutamanya dalam hitam, Chicano, dan masyarakat kulit putih yang memberi kesan oleh perdagangan bebas dan penutupan kilang. Memenangi dalam menganjurkan hak-hak pekerja imigran boleh menjadi sebahagian perlindungan yang berkesan untuk semua pekerja yang cuba dalam membentuk kesatuan, seperti orang-orang dalam Akta Pilihan Pekerja Percuma, cadangan untuk reformasi undang-undang buruh-buruh. Memenangi pembaharuan radikal seperti ini, bagaimanapun memerlukan sosial pergerakan yang berasaskan di peringkat akar umbi dan organisasi masyarakat tempatan,dan satu set yang berbeza didalam pakatan.

Friday, 11 November 2011

Yang Pantas Untuk Masa Lalu ( Fast Track to The Past)

CAPTER 4

Mengikut artikel ‘illegal’ bermaksud atau digunakan untuk seseorang yang datang ke Negara asing tanpa ada apa-apa dokumen yang sah. Bagi Guthrie, beliau maksudkan seseorang itu bukanlah berada di tempatnya dimana seseorang itu datang bekerja bukan juga sebahagian daripada komuniti atau diterima oleh masyarakat sekeliling negara itu. Selama 22 tahun, pendatang haram yang datang secara tidak sah ini, bekerja sebagai pekerja kontrak dan mereka yang dikerah tenaga. Pekerja yang dapat ditangkap sering diberi peluang untuk dihantar semula dan diterbangkan ke sempadan Mexico.
Disana mereka akan diupah semula tetapi diletakkan dibawah kontrak. 

Ada juga setengah pekerja turun bekerja tanpa pengenalan diri dan prose situ dikenali sebagai ‘drying out wetback’. Pada tahun 2004, Presiden George W. Bush akhirnya memperkenalkan satu pelan baru yang telah di tunggu-tunggu oleh mereka untuk pembentukan imigrasi (pendatang asing).

Amerika Syarikat masih mempunyai 1 program untuk pekerja luar didalam bidang pertanian, program H2-A lebih kurang seperti skim Bracero yang lama. Setiap musim pendatang pekerja ladang yang datang dari utara dan selatan Carolina, Georgia dan selain daripada pantai timur dan selatan negeri yang melepasi seperti yang Garcia gambarkan. Manakala 10,000 pekerja yang diproses di utara Carolina setiap tahun. Program H2-A penanam untuk menyediakan rumah untuk buruh-buruh kontrak yang mereka bawa ke dalam Negara ini. pada tahun 2000, persatuan-persatuan perniagaan tani mencadangkan meluaskan program tersebut. Tetapi mengikut Goldstein, meraka hanya perlu memberi kan elaun perumahan pekerja jika diiktiraf oleh kerajaan. Bagi beliau, hal ini tidak adil sama sekali  kerana beliau memikirkan apa pandangan penduduk luar berkenaan kelebihan yang diberikan kepada pekerja asing.

Makanan Garcia di kem-kem tempat mereka tinggal agak membimbangkan kerana setiap tahun didapati ada pekerja yang mati akibat keracunan makanan. Pekerja sering mengadu tentang makanan yang tidak sesuai dengan budaya mereka. Kadang-kadang mereka mogok dengan makanan yang diberikan kepada mereka tetapi tidak dilayan oleh majikan. Malah majikan akan mengusir mereka dari terus bekerja dengannya agar mereka tidak berani untuk membuat mogokan lagi. Selain itu, program H2-A menetapkan kadar gaji minimum, lebih kurang $7 sejam dan meningkat $8 pada tahun 2006. Jika pekerja lebih banyak permintaan, majukan sering mengugut mereka dengan cara menghantar mereka ke Jabatan Buruh agar mereka berasa takut. 

Selain itu, pekerja tidak sah ini boleh membuat pilihan sama ada memilih untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan bekerja di tempat lain atau memberi majikan banyak manfaat.

            Dalam artikel New York Times menyatakan bahawa pertanian ekonomi reput disebabkan kekurangan pekerja dimana pekerja yang memilih pekerjaan. Adakah perlu mengimport pekerja-pekerja atau makanan??industri pertanian di Amerika Syarikat mengalami krisis buruh kerana tiada peningkatan gaji kepada pekerja. Salah seorang pekerja Amerika Syarikat mengakui berkenaan gaji yang terlalu rendah dan sukar untuk menampung kehidupan keluarga. Lebih kurang 20% produk-produk pertanian US rosak akibat cuaca buruk yang mendakwa di Carolina a kehilangan 30% tanaman manakala di North Carolina kehilangan hampir 1/3 tanaman timun.

               Di US sangat memerlukan pekerja asing yang merupakan buruh murah bagi kerja-kerja diladang (perladangan). Pekerja-pekerja yang datang dari Mexico, Amerika Latin, dan Asia adalah pekerja asing dimana gaji mereka yang rendah. Kesan daripada kerugian tanaman yang besar yang disebabkan oleh kekerungan tenaga buruh, beberapa tanaman intensif dilakukan iaitu buah ceri dan strawberi telah berkembang sebanyak 20% dalam tempoh 5 tahun. Mengikut ahli ekonomi pertanian, Philip Martin menyatakan bahawa purata gaji diladang $9.06 sejam. Dan purata ini didapati gaji minimum termasuk tenaga mahir. Disini, pekerja Immokalee berjaya meyakinkan McDonald dan rantaian makanan segera yang lain untuk menaikkan harga mereka membayar tomato. Gaji yang rendah bermakna keluarga mereka tinggal dalam sempit seperti ikan sardin. pekerja dari Mexico sering tidur dalam kereta atau dibawah pokok kerana pendapatan mereka yang rendah yang membuatkan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah.

Satu demi satu masalah yang melanda,selepas beberapa minggu ada pekerja menghidapi penyakit kuku. Smith, salah seorang diantara pekerja buruh asing telah mendapat penyakit kuku mungkin disebabkan bekerja tanpa menggunakan sarung tangan ketika menyembur racun perosak. Undang-undang North Carolina memberi amaran supaya tidak kembali ke Mexico untuk mengelak daripada wabak penyakit tersebut. Didalam undang-undang ada menyatakan hak pekerja iaitu meninggalkan pekerjaan atau perletakan jawatan secara sukarela. Namun demikian, beberapa sebab mereka yang hilang kelayakan untuk bekerja iaitu :
-          Kematian dalam keluarga
-          Malas
-          Lambat datang kerja
-          Mengganggu pekerja lain

Tahun 2005, Farm Labor Organizing Committee (FLOC) memaksa NCGA menandatangani kontrak kesatuan. Presiden Baldemar Velaquez berkata bahawa kontrak pekerja-pekerja memperolehi prosedur untuk memprotes atau membuat aduan.Tetapi apabila kesatuan FLOC di Mexico untuk memulakan pemantauan dan menghampuskan senarai hitam FLOC diserang. Pada 9 April 2007, Rafael Cruz ditemui diikat dan dipukul hingga mati. Menurut beliau, pembunuhan itu adalah tindakan balas yang berterusan oleh perjuangan FLOC menentang kontraktor buruh rasuah. Walaupun kontrak kesatuan boleh menghampuskan banyak rasuah tetapi pekerja lebih banyak kebebasan dan hak.

Pada tahun 1986, pembaharuan Imigresen dan Akta Kawalan mencipta visa baru dalam program H2-B dimana syarikat boleh membawa pekerja asing ke US dalam pekerjaan bukan pertanian.  Apabila pekerja yang bekerja keras, majikan berjanji akan mempertingkatkan visa mereka. Tetapi visa yang kurang dari satu tahun terpaksa membuat pembayaran setiap tahun untuk teruskan kerja. Di bawah undang-undang, mana-mana syarikat perlu membayar kerja yang lebih masa selepas 8jam. Siasiatan yang dibuat oleh Jabatan Buruh Bahagian Jam untuk kerja lebih masa yang tidak berbayar. Syarikat akan didenda sekiranya melanggar undang-undang seperti :
-          Pelanggaran perumahan
-          Menggunakan pengankutan buruh ladang yang tiada lessen

Dari segi rang undang-undang Berman, Pekerjaan Pertanian dan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau dikenali sebagai AJOBS dimana akan membantu mereka dengan melonggarkan sekatan ke atas program H2. Ianya akan membolehkan penanam untuk membayar elaun perumahan dan bukannya menyediakan perumahan dan akan membekukan gaji minimum yang diperlukan. Atas cadangan Howard Berman, pekerja-pekerja buruh yang menjalankan 100 hari kerja di ladang selama 18 bulan boleh memohon untuk undang-undang status sementara. Jika mereka menyelesaikan kerja 360 hari dalam tempoh 6 tahun, mereka akan dapat menjadi penduduk tetap. Pekerja juga akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pekerja Migran yang membenarkan pekerja menyaman majikan di atas pelanggaran buruh yang dibuat.

Cadangan Bush di Mexico telah ditolak kerana mereka mangatakan rakyat mereka diperlakukan seperti binatang dan sebab yang sama dengan program Bracero. Cadangan itu akhirnya dimasukkan kedalam rang undang-undang imegresen yang diperkenalkan Kongres Luis Gutierrez dan Senator Edward Kennedy. Di bawah akta ini, membenarkan orang-orang yang tinggal di US selama 5 tahun  untuk memohon status undang-undang.

Dalam usaha memenangi anti-pendatang, Jabatan Imigresen Akta Pembaharuan 1965 menyatakan mengutamakan keluarga, masyarakat dan dan menggantikan system Bracero. Bush pula mengatakan ianya perlu digantikan dengan system merit di mana membolehkan orang ramai untuk melayakkan visa mereka yang mempunyai kemkahiran kerja yang diingini oleh majikan.

Disebalik konflik diatas, terdapat jurang yang lebih mendalam terhadap maksud dasar imigresen. Adakah mereka dibentuk atas hasrat majikan???atau penghijrahan harus menghasilkan komuniti yang kuat mampu untuk menuntut hak-hak mereka??
 
Saturday, 5 November 2011

MIGRASI DAN ANJAKAN

            Sejak Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico dikuatkuasakan, pengkritik dan pemerhati mengatakan, perjanjian ini telah memberikan pembangunan ekonomi yang memberangsangkan di Mexico, tetapi perjanjian ini hanya membebaskan pergerakan barangan dagangan, bukannya pergerakan modal yang terlalu diperlukan oleh Mexico. Pada tahun 1994, yakni setahun setelah perjanjian ini dikuatkuasakan, pergerakan imigran dari Mexico ke Amerika Syarikat melebihi jumlah pergerakan imigran ke Amerika Syarikat sepanjang sejarah diketahui manusia. Perjanjian ini juga dikatakan bertanggungjawab menghadkan pergerakan dan kebebasan imigran merentasi sempadan Mexico - Amerika Syarikat mahupun ia memberi imigran ini hak istimewa dan hak kesamarataan di Amerika Syarikat.

            Perundingan perdagangan dan polisi imigrasi secara rasminya digabungkan apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan  Akta Pembaharuan dan Kawalan Imigran (IRCA) pada tahun 1986. Banyak pihak yang menentang IRCA kerana ia menghalang majikan menggaji imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah (Imigran tidak sah), kerana ia akan menyebabkan imigran tidak sah ini menjadi penjenayah untuk meneruskan hidup. Tetapi IRCA juga dikatakan mempunyai kelebihan kerana ia telah membentuk Suruhanjaya Penyelidikan Migrasi Kebangsaan dan Perkembangan Usahasama Ekonomi untuk mengkaji sebab imigrasi ke Amerika Syarikat. Kajian ini memberikan keputusan yang tidak memeranjatkan kerana, ia membuktikan kemasukan imigran dari Mexico ke Amerika Syarikat ialah disebabkan faktor ekonomi. Jadi, integrasi ekonomi antara kedua-dua negara perlu ditingkatkan untuk memperlahankan mekanisme pergerakan imigran ke Amerika Syarikat.

         Nasionalisasi menjadi prinsip pembangunan Mexico bagi tempoh masa yang sangat lama dan mula diperkenalkan oleh Parti Revolusi Mexico (PRM). Parti ini mula memerintah Mexico melebihi 6 dekad sehingga tahun 2000. Mexico mula menyemai semangat nasionalisasi di dalam diri setiap warganya, setiap urusan, pentadbiran, perniagaan, lombong, syarikat tenaga, syarikat minyak dan banyak lagi industri mula di ambil alih Mexico daripada negara luar, terutamanya Amerika Syarikat. Di bawah polisi ini, hubungan ekonomi dengan negara luar mula disekad dan dihadkan seminimum yang mungkin, syarikat-syarikat yang mula dimiliki oleh warga Mexico dan kerajaan Mexico sendiri mula menggaji ratusan ribu warga Mexico, ekonomi rakyat Mexico mula meningkat dan taraf hidup mereka turut meningkat sama. 
Tetapi setelah Presiden Cardenas mengambil alih, hubungan luar ekonomi Mexico mula dilonggarkan dan segala usaha nasionalisasi mula dilihat gagal. Berbagai konspirasi mula dilakukan seperti pembunuhan ratusan rakyat yang memprotes tindakan kerajaan itu, penculikan, penipuan dan sebagainya.

         Amalan korupsi yang berlaku di dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya di dalam sektor minyak milik Mexico menyebabkan hutang negara meningkat, terutamanya hutang kepada luar negara. Perkara ini menyebabkan harga minyak jatuh, Amerika Syarikat meningkatkan bunga pada hutang yang dipinjamkan kepada Mexico, dan pada tahun 1982, Mexico tidak mampu membayar hutangnya lagi. Nilai mata wang peso mula dinilai semula, dan dari nilai 12 peso bersamaan US$1, nilainya jatuh kepada 560 peso bersamaan US$1. Perkara ini menimbulkan rasa marah rakyat Mexico kepada kerajaan dan menghilangkan kepercayaan terhadap slogan nasionalisasi yang hanya retorik.

         Kerajaan Mexico di dalam kegawatan ekonomi yang melampau telah mengambil kesempatan untuk melanggar polisi nasionalisasi, untuk membangunkan kawasan utara Mexico dengan bantuan Amerika Syarikat. Dari tahun 1982 hingga 1988, bilangan kilang di kawasan ini bertambah sebanyak tiga kali ganda, 500 buah kepada 1500 buah kilang dan pekerja yang digaji meningkat dari 150000 kepada 360000 orang dan industri ini bertanggungjawab terhadap 40% eksport luar negara Mexico. Industri yang dikenali dengan Maquiladora ini meningkatkan pelaburan luar negara terhadap Mexico tetapi dalam masa yang sama melanggar hak pekerja dan komuniti di utara Mexico itu. Untuk meningkatkan pelaburan luar terhadap Maquiladora itu, kerajaan Mexico bertindak kejam sehingga merendahkan gaji maksimum pekerja di kawasan itu sehingga mereka tidak mampu membeli keperluan harian walaupun mereka mempunyai pekerjaan.

            Kerajaan Mexico bertindak di luar kawalan sekali lagi dengan menjalankan penswastaan secara besar-besaran, antara sektor yang terlibat adalah syarikat pelabuhan, syarikat komunikasi, bank, hartanah dan banyak lagi sektor yang diswastakan. 
Golongan kaya Mexico adalah yang paling banyak mengaut keuntungan dengan polisi penswastaan besar-besaran ini, kebanyakan mereka meningkakan keuntungan dengan mengurangkan gaji pekerja secara drastik. Potongan gaji yang drastik di semua sektor yang diswastakan ini menyebabkan perbezaan yang terlalu tinggi diantara pekerja industri di Amerika Syarikat dan di Mexico. Menurut Garrett Brown, seorang pemerhati ekonomi, pada tahun 1975, gaji pekerja industri Mexico bersamaan dengan 23% gaji pekerja sektor sama di Amerika Syarikat dan Rosa Albina Garabito juga pemerhati ekonomi mengatakan ia jatuh lagi kepada 8%. Setelah 12 tahun NAFTA dikuatkuasakan, gaji rakyat Mexico jatuh sebanyak 22% sedangkan produktiviti meningkat sebanyak 45%.
            
        Perubahan ekonomi yang dialami oleh Mexico ini menyebabkan rakyatnya mula berpindah ke Amerika Syarikat, proses ini adalah sambungan rantaian yang telah lama berlaku di antara Mexico dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1982, pada era NAFTA, perubahan ekonomi yang berjaya melahirkan lebih ramai migran, majoriti petani di Mexico tidak mampu lagi menampung kehidupan mereka dan berpindah ke California sebagai pekerja sektor pertanian. Kerajaan Mexico cuba berbincang dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk membenarkan mereka mengeksport barangan Mexico ke Amerika Syarikat, tetapi perjanjian ini gagal dicapai dan pada tahun 1994, nilai mata wang peso merosot sekali lagi dan NAFTA dipertanggungjawabkan oleh banyak pihak.

            Hutang negara Mexico yang mula meningkat menyebabkan Mexico mula mencari alternatif lain untuk melangsaikan hutang yang kian meningkat, dan akhirnya Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mengarahkan supaya Mexico membayar hutang negara mereka menggunakan minyak mentah yang mereka miliki. 

Kerajaan Mexico menggunakan pendapatan bersumberkan minyak mentah untuk membiayai hutang kerajaan, perbelanjaan kerajaan, merendahkan cukai bagi perniagaan dan sebagainya. Tetapi usaha ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Jutaan rakyat Mexico yang kehilangan pekerjaan disebabkan kesilapan kerajaan sendiri pada tahun 1995, dan ia berulang semula pada tahun 200-2001 sewaktu kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Keadaan menjadi lebih teruk sehingga harga makanan, gas asli, dan kos sara hidup meningkat dengan terlalu dahsyat sehinggakan rakyat Mexico berhijrah ke Amerika Syarikat, bukan untuk mencari kemewahan tetapi hanyalah untuk menyara kehidupan keluarga di kampung halaman. NAFTA tidak sama sekali merendahkan migrasi seberti yang diharapkan suruhanjaya IRCA. Lebih dari 6 juta rakyat Mexico berhijrah ke Amerika Syarikat dalam masa 13 tahun setelah NAFTA dukuatkusakan. Dalam masa hanya 5 tahun, dari tahun 200-2005, populasi rakyat Mexico di Amerika Syarikat meningkat dari 10 juta ke 12 juta dan kerajaan menjangkakan migrasi tahunan sebanyak 400000 orang setahun. Dengan hanya beberapa kad hijau (Green Card), Penduduk Tetap (PR) dan Visa yang diberikan kepada warga Mexico, kebanyakan yang berada di Amerika Syarikat adalah pendatang tanpa dokumen perjalanan yang sah!!

            Kedatangan mereka ke Amerika Syarikat bukanlah membawa masalah semata-mata kepada kerajaan Amerika Syarikat, tetapi mereka ini memberi kesan signifikan yang tinggi dari segi ekonomi, menurut laporan Forum Imigrasi Nasional pada tahun 1994 (setahun selepas NAFTA dikuatkuasakan). Imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah membayar US$ 7 billion setahun untuk cukai, ini termasuk cukai sosial sebanyak US$ 2.7 billion dan sebanyak US$ 168 juta bagi dana manfaat-tidak bekerja. Di California, imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah adalah sebanyak 43% daripada jumlah keseluruhan imigran di negara itu, dan mereka membayar US$ 723 juta untuk cukai tempatan dan cukai negara. Anak-anak imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah juga merupakan aset kepada negara Amerika Syarikat kerana mereka adalah bakal tenaga kerja dan memberi impak terhadap aspek sosial, politik dan budaya. Imigran tanpa dokumen perjalanan yang sah ini sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada kerajaan Amerika Syarikat terutamanya dalam sektor ekonomi, tetapi hak mereka terus-menerus dinafikan!! Mengapa ini berlaku???