Tidak semua cadangan di Kongres untuk mengambil pekerja import atau pendekatan penguatkuasaan diterima . Ia akan diberikan wang untuk membantu penduduk membina semula runah-rumah mereka atau mencari rumah baru . Sebagai kesan daripada ribut taufan yang melanda , Congressional Black Causus (CBC) menaja segala keperluan untuk membaiki segala kerosakan termasuklah penjagaan kesihatan , mengatasi masalah pengangguran serta memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan serta menyediakan wang untuk membantu penduduk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnah dan membantu pihak sekolah untuk menempatkan semula pelajar-pelajar . Rang undang-undang tersebut akan mewujudkan progam pelatih untuk membangunkan pekerjaan yang baik dan mengkehendaki presiden untuk menyediakan rancangan untuk membasmi kemiskinan .
Sebagai kesan daripada ribut taufan yang melanda , Congressional Black Causus (CBC) menaja segala keperluan untuk membaiki segala kerosakan termasuklah penjagaan kesihatan , mengatasi masalah pengangguran serta memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan serta menyediakan wang untuk membantu penduduk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnah dan membantu pihak sekolah untuk menempatkan semula pelajar-pelajar . Rang undang-undang tersebut akan mewujudkan progam pelatih untuk membangunkan pekerjaan yang baik dan mengkehendaki presiden untuk menyediakan rancangan untuk membasmi kemiskinan .Tiada siapa boleh hidup tanpa pekerjaan termasuklah orang kulit hitam , kulit putih , orang Asia , Amerika asli mahupun orang Latin . Oleh itu , Akta Pekerjaan Sepenuh Masa Humphrey-Hawkins pada tahun 1970 , menyuruh kerajaan persekutuan menyediakan peluang pekerjaan untuk membasmi pengangguran yang terdapat di negara tersebut . Parti Demokratik juga mencadangkan untuk mengadakan program pekerja import dan meningkatkan penguatkuasaan sekatan majikan . Pengangguran dan perkauman dalam masyarakat sistem ekonomi AS .
Pembahagian kaum adalah senjata politik yang sangat berkuasa . Bagi masyarakat yang bekerjaya , mengatasi masalah perkauman telah membuka satu kemungkinan untuk memenangi kuasa politik . Pembinaan semula Biloxi , Gulfport dan New Orleans boleh membentuk satu pakatan politik yang yang serupa di Gulf Coast . Tetapi ia mungkin memerlukan masyarakat bekerjaya untuk menggabungkan sokongan untuk menuntut hak-hak-hak pendatang , hak sivil dan kemajuan ekonomi untuk masyarakat lainnya . Presiden George W. Bush dan kongres lain telah mendesak bahawa satu-satu cara untuk mengelakkan orang Mexico daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang ialah dengan datang sebagai pekerja import di AS . Pada pandangan mereka , pendatang yang tinggal di AS tanpa visa perlu menjadi pekerja import untuk mendapatkan dokumen undang-undang yang sah . Rang undang-undang Jackson Lee adalah sangat unik kerana kebanyakan penaja adalah ahli Congressional Black Carcus termasuk California Barbara Lee dan John Conyers Michigan . Untuk bertahun-tahun jawatankuasa kecil parti politik menggariskan bajet persekutuan alternatif yang mengutamakan matlamat sosial seperti menghapuskan kemiskinan , mengurangkan perbelanjaan ketenteraan dan melindungi perkhidmatan sosial . Walau bagaimanapun , seseorang akan menyedari bahawa undang-undang Amerika telah diceroboh apabila mereka adalah Afrika-Amerika . Rang undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan diskriminasi terhadap pendatang dengan mengharamkan diskriminasi berdasarkan status imigresen , melarang majikan daripada ancaman untuk menghantar mereka pulang . Tetapi Jackson Lee telah menentang program pekerja sementara , kerana beliau percaya bahawa mereka tidak dapat mencegah pekerja daripada menguatkuasakan hak pekerja atau menggunakan faedah sosial dan mempunyai pekerja sementara ini memerlukan kos sosial yang tinggi . Itulah sebabnya rang undang-undang yang dibuat oleh beliau ialah untuk mencari kepentingan bersama , bukan dengan menawarkan pekerjaan sementara kepada pekerja luar . Ia menyedari bahawa sehingga pekerja asing mempunyai status kerakyatan yang sah , pihak keselamatan perlu menyediakan syarat-syarat dan upah yang lebih baik , semua pekerja yang berpendapatan rendah akan teraniaya . Pada tahun 2004 , satu kajian telah dijalankan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh dari Universiti Northeastern , mendapati bahawa antara tahun 2000 hingga tahun 2004 , pendatang yang bekerja dalam negara meningkat sebanyak 2 juta . Pengangguran orang kulit hitam terutamanya di pusat-pusat bandar terjadi kerana penutupan loji dan penyusunan semula industri . Walaupun Afrika-Amerika hanya 11 peratus daripada tenaga kerja di AS , tetapi seramai 300,000 daripada 2 juta orang kulit hitam kehilangan pekerjaan hanya disebabkan kemelesetan ekonomi . Perubahan demografi di tempat kerja menjadi suatu fakta semasa tempoh penyusunan semula industri secara besar-besaran yang telah menghapuskan beratus-ratus ribu pekerjaan Afrika-Amerika dan pekerja Chicano . Hari ini , syarikat-syarikat dalam industri yang sama berpendapat bahawa mereka perlu bekerja untuk mengisi kekurangan tenaga buruh dan menggalakkan pekerja import tetapi ditentang oleh Fletcher , kerana beliau takut pekerja import tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan . Oleh itu , beliau mencadangkan para majikan supaya mengambil pekerja tempatan sebelum membawa masuk buruh kontrak . Rang undang-undang Jackson Lee cuba untuk mengimbangi kepentingan pendatang dan penganggur dan juga tidak menangani dasar luar negeri atau perdagangan secara langsung , tetapi ia bukan bertujuan untuk membetulkan beberapa perkara apabila dasar imigresen itu digunakan sebagai ganjaran atau hukuman politik . Negara Eropah mempunyai taraf kuhidupan yang lebih tinggi daipada Amerika Syarikat . Tetapi di Amerika Latin , Asia , dan Afrika , kemiskinan yang terjadi akibat daripada peperangan menyebabkan berlakunya lebihan permintaan kad visa daripada visa yang disediakan . Pada tahun 2007 , permohonan visa dari Filipina yang ditaja oleh adik beradik terpaksa menunggu lebih daripada 20 tahun manakala permohonan visa dari Mexico pula selama 11 tahun .
betul ke asas sama antara pekerja dan hak??
ReplyDelete