Ketakutan terhadap persaingan kerja dalam masyarakat Afrika-Amerika mencerminkan mitos dan realiti , dan kedua-duanya perlu diberikan perhatian kerana peningkatan pendatang Latinberpotensi menimbulkan ancaman terhadap mereka . Realitinya terdapat persaingan dalam mencari pekerjaan dalam sesetengan industri dan amat sukar untuk ditafsirkan kesan konfigurasi dalam industri Afrika-Amerika , terutamanya di bandar-bandar besar seperti New York dan Los Angeles . Apabila sesetengah peguam bela pendatang berhujah bahawa pendatang hanya akan melakukan pekerjaan yang tidak dilakukan oleh orang lain atau pekerjaan yang ditinggalkan oleh orang lain . Perkara ini , secara realitinya , sering dinafikan oleh pekerja-pekerja . Dalam sesetengah industri , tenaga kerja mampu berubah hanya dalam masa beberapa tahun sahaja . Selepas pekerja imigran Amerika Tengah yang berjuang mendapatkan semula kontrak yang hilang , pekerja Afrika-Amerika tidak pulang , sebaliknya masyarakat kulit hitam menghadapi satu garis warna walaupun mereka menghadapi masalah kadar pengangguran yang tinggi . Peratusan pekerja Afrika-Amerika jatuh sebaik sahaja pekerjaan meningkat .
Pada tahun 2004 , kurang daripada 6 peratus tenaga kerja Afrika-Amerika yang bekerja di hotel . Orang hitam mempunyai sejarah dalam melawan diskriminasi dalam industri hospitaliti di San Francisco . Prospek pekerjaan menjadi semakin baik bagi pekerja kulit hitam untuk beberapa tahun , tetapi situasi mula berubah pada tahun 1980 apabila pihak hotel mula mengambil pendatang untuk bekerja dengan mereka dan sekaligus meningkatkan peratusan pendatang . Kebanyakan majikan tidak mengupah pekerja kulit hitam kerana mereka ini dianggap tidak dianggap sebagai orang yang mematuhi peraturan . Di Los Angeles juga serupa dimana pekerja kulit hitam hanya 6.4 peratus daripada tenaga kerja . Industri perhotelan berharap pekerja-pekerja imigran yang baru boleh dilentur , walau bagaimanapun , harapan tersebut masih belum boleh dicapai . Konfrontasi terbesar yang pernah terjadi adalah pada tahun 2004 , apabila pekerja-pekerja menanggung sekatan masuk selama 2 bulan dan kemudian 2 tahun tanpa kontrak . Pada pertengahan peperangan dengan hotel , persatuan “UNITE HERE” , “Local 2” , telah mengambil keputusan untuk membetulkan diskriminasi yang telah berlaku .
Unite Here!!!
Pada tahun 2004 , satu seksyen baru telah dicadangkan yang memerlukan pihak hotel untuk menubuhkan pelbagai jawatankuasa dan melantik seorang pegawai untuk meningkatkan peratusan pekerja Afrika-Amerika . Pada hakikatnya , kesatuan tersebut mula berunding mengenai hak-hak terhadap pekerja kulit hitam yang tidak lagi berada dalam apa-apa tenaga kerja . Pelbagai Kumpulan Majikan , ialah kumpulan yang mewakili pengurusan San Francisco Hotel , menolak idea kepelbagaia kesatuan .Walaupun selepas kontrak yang lain telah selesai , "Local 2" terus berjuang atas isu ini , dan akhirnya telah mencapai kata sepakat atas cadangan pegawai untuk meningkatkan perlindungan hak-hak pekerjaan bagi pendatang . Pada tahun 2001 , konvesyen "UNITE HERE" di Santa Monica telah membuat sebuah komitmen yang luas untuk mencari persamaan antara pendatang dengan Afrika-Amerika . "Local 2" dan "Local 11" cuba untuk mengubah matlamat umum untuk menyatukan orang kulit hitam dengan pendatang ke dalam perjanjian yang dikuatkuasakan dengan majikan . Idea tersebut dikongsi dengan andaian bahawa kesatuan dan gaji yang tinggi mampu menjadi perlindungan yang berkuasa menentang persaingan pekerjaan . Kempen kebangsaan untuk kos sara hidup adalah berdasarkan undang-undang tempatan yang sebenarnya mencerminkan kos sara diri yang sebenar bagi pekerja yang berkeluarga . Di samping itu secara langsung menaikkan upah pekerja seperti pembersih bilik hotel . Undang-undang juga memerlukan para majikan untuk mengupah pekerja tempatan . Ini tidak akan mendiskriminasikan pendatang , malah memberikan tempat untuk mereka tinggal dalam masyarakat tempatan .
Local 2
Local 2
No comments:
Post a Comment