HR 4437 James Sensenbrenner
Walaupun HR 4437 James Sensenbrenner diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan Disember 2005 , Senat tidak pernah mengundinya . Ia suatu ancaman terhadap pendatang tanpa izin sebagai banduan persekutuan yang mendorong masyarakat memasuki aktiviti politik . HR 4437 semakin menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di seluruh negara walaupun dalam kawasan yang paling terpencil sekali . Sekumpulan pribumi Purépechas dari neagra Mexico , negeri Michoacán memberitahu peguam bela buruh tempatan mengenai skim Sensenbrenner yang sangat zalim terhadap mereka .
Masyarakat Purépechas
Masyarakat Purépechas
Pada 1 Mei , demonstrasi besar-besaran berlaku . Lebih 1 juta orang memenuhi jalan-jalan di Los Angeles , 2 kali dalam sehari , di dua kawasan perarakan yang berbeza . Ia merupakan bantahan besar-besaran yang paling terbesar pernah terjadi dalam sejarah bandar tersebut , dan mungkin negara . Perarakan tersebut juga telah menyelamatkan tradisi demonstrasi Hari Pekerja yang menjadi mangsa kepada ketakutan perang dingin dan penindasan pada awal tahun 1950 . Hari Pekerja telah dilabel sebagai radikal dan komunis di Amerika Syarikat , manakala kesatuan dan pekerja di negeri-negeri dalam dunia menyambut Hari Pekerja tersebut . Oleh kerana pengalaman bekerja dengan pekerja import yang dibawa masuk ke negeri Gulf ekorang kejadian Taufan Katrina , "Mississippi Immigrant Right Alliance" (MIRA) , mengumumkan bahawa ia adalah bertentangan dengan reformasi kompromi undang-undang . MIRA telah mengisytiharkan bahawa semua orang yang tinggal di Amerika Syarikat tanpa status imigresen yang sah boleh memohon untuk mendapatkan status penduduk tetap dan semua pendatang yang hidup di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya selama 5 tahun adalah layak untuk memohon status penduduk tetap .
Kompromi Kongres akhirnya menemui jalan buntu dan telah gagal , tetapi ia telah menimbulkan cadangan yang lebih positif iaitu dengan peningkatan aktiviti dalam kalangan kesatuan , gereja , orang Afrika-Amerika , dan sebahagian besar daripada masyarakat pendatang itu sendiri . Harapan untuk pembaharuan imigresen yang progresif bergantung kepada penyusunan dan pengembangan pergerakan tersebut . Sementara itu , Gabenor Mississippi , Haley Barbour telah menandatangani Rang Undang-Undang Senat 2988 ke dalam undang-undang pada Mac 2008 . Seseorang pekerja tanpa izin boleh dikenakan hukuman penjara atau denda kerana tidak mempunyai permit kerja . Tujuan MIRA adalah untuk mencegah transformasi politik .
No comments:
Post a Comment