I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 25 December 2011

Cerita Di Sebalik - Fighting Second-Class Status (Berjuang Untuk Status Kelas kedua)



Sejarah Unionsim

       Sejarah Unionsim dalam kalangan buruh ialah salah satu daripada usaha untuk menyatukan pekerja migran daripada seluruh negara . Pada tahun 1903 , pekerja Jepun dan Mexico bersatu menentang upah rendah . Mereka membentuk satu kesatuan kerja dan bertukar kepada kepimpinan sosialis buruh di Los Angeles untuk bantuan . Selepas memenangi perjuangan mereka dengan bantuan kesatuan LA , mereka memohon untuk satu piagam daripada Persekutuan Buruh Amerika .

       Antara tahun 1920 dan 1930 , pekerja Filipina mula menjadi tersusun dan memulakan langkah untuk mendapatkan upah yang lebih tinggi . Pada mulanya , mereka melancarkan mogok , kemudian mereka menubuhkan persatuan-persatuan mereka sendiri kerana AFL tidak mahu Filipina bersama-sama dengan mereka . Mogok secara besar-besaran berlaku di Imperial , San Joaquin , dan Lembah Salinas . Selepas Perang Dunia Kedua , perang dingin dalam gerakan pekerja menghancurkan kesatuan buruh ladang CIO , pertanian , United Cannery , Packinghouse , and Allied Workers of America . Pada masa yang sama , program bracero , tidak mampu untuk dilakukan oleh pekerja secara berkesan kerana telah diberi amaran oleh Galarza . Tetapi pada tahun 1964 , Galarza , Bert Corona , César Chávez , dan lain-lain telah menyakinkan Kesatuan Kongres untuk memansuhkan undang-undang bracero tersebut . Pada tahun berikutnya di California , pekerja Filipina mula menonjol . 


                   Cannery, Agricultural, Packinghouse, and AlliedWorkers of America

        Amerika tidak terikat oleh latitud geografi , juga bukan sekadar tanah atau sebuah institusi tetapi Amerika ada dalam hati mereka yang mati untuk mendapatkan kebebasan dan juga tempat dimana mereka ingin membina sebuah dunia baru . Pekerja Filipina perlu menerima hakikat bahawa mereka cuma komuniti pekerja kelas bawahan dan sekiranya mereka mahu maju , mereka perlu bersatu dengan pekerja-pekerja lain. Pihak Berkuasa Persekutuan cuba untuk mengusir presiden kesatuan imigran , Harry Bridges , seorang pendatang Australis bertahun-tahun kerana menuduh beliau seorang komunis . Kebanyakan ketua kesatuan pendatang turut menghadapi tuduhan yang sama . 

      Jawatankuasa Perlindungan Luar telah ditubuhkan bertujuan untuk mempertahankan mereka semua . Generasi pertama kesatuan Filipina menyatakan bahawa pergerakan kesatuan yang kuat di A.S. mungkin dapat membantu mereka pulang ke negara mereka . Perjuang migrasi dari Filipina tidak berakhir dengan Manong . Gelombang kedua selepas Perang Dunia Kedua dan pada tahun 1960 , gelombang ketiga pula bermula . Ia adalah hasil liberalisasi undang-undang migrasi A.S. pada tahun 1965 . Ia juga dihasilkan oleh penurunan taraf hidup di pulau-pulau dan aplikasi pembaharuan ekonomi telah menghasilkan gelombang migrasi dari Mexico . Kebanyakan pendatang Filipina telah mendapat cara untuk ke Lembah Silikon , tetapi mereka masih lagi di bahagian bawah iaitu dalam kerja-kerja yang paling teruk .

Friday, 23 December 2011

Cerita Ringkas - Menyalahi undang-undang !!!!

                                                    
 Pete Velasco

        Pada tahun 1995,beberapa hari sebelum krismas,salah seorang generasi terakhir penganjur buruh Filipina telah mati di hospital Bakersfield,California. Pete Velasco adalah veteran dalam mewujudkan perang-perang di dalam kesatuan pekerja ladang. Bersama ketua-ketua Filipina seperti Philip Vera Cruz dan Larry Itliong,dia telah memulakan mogok  secara besar-besaran dalam kesatuan. Valesco yang dikenali sebagai Manong Pete. Manong adalah merujuk kepada penghormatan yang diberikan kepada orang lain dalam budaya Filipina. Tetapi sepanjang pantai pasifik “manong”menunjukkan lebih dari rasa hormat. Antara tahun 1920 dan 1929,seramai 113,144 orang yang rata-rata ialah lelaki dan petani telah meninggalkan tanah dan kampung. Tahun 1906 menunjukkan bahawa orang Filipina telah direkrut oleh kesatuan penanam gula Hawaii namun ianya hanya untuk beberapa tahun selepas berakhirnya perang dimana Amerika telah merampas Filipina. Awal 1920an, mereka mula berhijrah dari Hawaii ke tanah besar. Seperti Velasco, yang datang pada 1931,mereka telah didorong dengan pendidikan dan kemajuan yang dijanjikan. Tetapi apabila sampai tiada tanah seperti yang dijanjikan,malahan hanya ada pekerjaan yang teruk dan diskriminasi berlaku.

        Dari 1898 hingga 1946,Filipina dan pulau-pulau yang jauh telah menjadi tanah jajahan US. Kanak-kanak telah diajar dalam Bahasa Inggeris. Malah buku teks juga didatangkan dari US. Guru-guru juga adalah dari Philadelphia atau New Jersey. Pelajar disana telah mengkaji tentang perjanjian Pengisytiharan Kemerdekaan sebelum mereka menemui nama Emilio Aguinaldo dan Andres Bonifacio-ketua revolusi Filipina yang mengetuai peperangan mereka dalam menentang Sepanyol dan seterusnya Amerika.


Emilio Aguinaldo


Andres Bonifacio


     Philip Vera Cruz telah menjadi ketua UFW seperti Velasco yang telah menjanjikan keseimbangan yang sama di dalam buku dan apa yang dikatakan oleh guru-guru Amerika di Filipina. Namun, apabila mereka sampai di US mereka mendapati orang US hanya mahukan perkhidmatan buruh mereka. Al Masigat yang datang pada tahun 1920an, telah menceritakan pengalamannya dalam satu kajian master-thesis oleh Lilian Galedo selaku pengarah eksekutif untuk pertumbuhan idea radikal generasi pertama pendatang Filipina iaitu “Kesedaran Pembangunan Kelas Kerja”

       Orang Filipina tiba tepat pada zaman kemelesetan dimana upah yang rendah telah diberikan. Kerana industri dimana mereka bekerja seperti sektor pertanian dan pengetinan ikan telah menggunakan sistem kontraktor. Dimana kontraktor terpaksa memberikan wang untuk mendapat pekerjaan. Setelah kemelesetan telah melanda,keadaan orang Filipina semakin teruk. Masigat dan lima lagi pemuda telah berhijrah dari ladang ke ladang. Upah pekerja semakin menurun semasa zaman kemelesetan melanda contohnya dari 30sen jatuh ke 15sen. 
Disebabkan hal itu,seramai 140 orang pekerja telah mogok di ladang California 
yang melibatkan 127,000 pekerja.

         Manong telah menemui sesuatu di Amerika yang membuatkan mereka memberontak. Mereka menjadi generasi penganjur kesatuan dan radikal politik yang menyedarkan status kelas mereka bukan sekadar menjadi pekerja, malahan menjadi pekerja imigran di bawah masyarakat Amerika. Mereka telah melancarkan mogok dibawah kesatuan dan menulis buku serta memaparkan di surat khabar tentang persamaan antara keadilan yang diuar-uarkan dengan reality yang berlaku. Manong dan kebanyakkan lelaki adalah tunggal kerana faktor ekonomi dan undang-undang kerajaan yang menidakkan hak kekeluargaan mereka. Dekan Alegado, professor kajian etnik di Universiti Hawaii berkata, ramai lelaki yang meninggalkan keluarga mereka hanya kerana upah yang diberikan terlalu rendah berbanding pekerja ladang lain dan perumahan yang diberikan kepada mereka terlalu uzur. Apabila orang Filipina yang menari bersama wanita kulit putih mereka juga dikenali sebagai ancaman kepada masyarakat kulit putih. Perkahwinan antara lelaki Filipina dan wanita kulit putih adalah dilarang sama sekali di dalam undag-undang barat. Velasco sendiri telah berhijrah ke negeri-negeri Midwest yang jauhnya beribu batu untuk mencari perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Akta kabel 1922 telah mengancam kewarganegaraan wanita US yang berkahwin dengan lelaki Asia. Bagi majikan dan ahli politik US, rakyat Filipina hanya datang ke mari untuk bekerja bagi mencari nafkah keluarga, bukan untuk berkeluarga dan menjadi warganegara US.

         Orang Filipina sebagai pekerja mudah alih telah disebarkan ke kem-kem buruh bukanlah sesuatu yang baru kerana pekerja dari Cina dan Jepun telah mewarisi status yang lebih rendah berbanding mereka. Namun keadaan mereka sedikit berbeza kerana mereka datang dari tanah jajahan US dan mendapat status kelas kedua. Dalam perniagaan banyak tanda “Filipina Tidak Dibenarkan” menunjukkan diskriminasi ini amat ketara. Dalam sejarah menunjukkan mereka ialah pendatang haram-iaitu  buruh yang berstatus kelas terendah yang menafikan hak mereka. Kumpulan pertama yang direkrut untuk bekerja di US dari Asia ialah dari Toishan dari perkampungan China Pearl River Delta. Mereka di bawa oleh kontraktor untuk membina laluan antara benua. Kemudian, ada juga buruh yang digunakan untuk meluaskan kawasan di delta sungai di San Joaquin tetapi bukan dilayan seperti buruh malah seorang hamba. Dasar imigresen US adalah mekanisme yang menentukan status mereka. Penghambaan harta telah menciptakan sebuah masyarakat yang telah dibahagi kepada manusia yang mempunyai hak dan yang tidak ada hak. Tujuannya adalah untuk membekalkan buruh pada kos yang terendah kepada pemilik ladang selatan. Ideologi keunggulan orang kulit putih adalah untuk melaksanakan  sistem kekejaman manakala kaum yang dibangunkan hanyalah untuk membezakan yang mana satu boleh dijadikan hamba.

         Dalam Perlembagaan Kelahiran telah termaktub, status seseorang tidak sama rata dan telah ditunjukkan bahawa warga Afrika yang menjadi hamba ialah 1/3 dari manusia. Manakala yang bukan kulit hitam terpaksa bersedia untuk membuktikan kesahihan mereka memasuki negara ini jika tidak, mereka akan dianggap sebagai pelarian dan hamba. Satu undang-undang telah ditubuhkan menyatakan hamba abdi akan menyalahi undang-undang di saat mereka melarikan diri dari tuannya dan apbila ditangkap mereka akan dikembalikan. Mereka tidak akan ada hak untuk mempertahankan diri.


     Keputusan Dred Scott di mahkamah agung telah menyatakan tidak akan ada Afrika yang menjadi warganegara samada bebas mahupun hamba. Akta Penaturalisasian-1790, mereka dibenarkan untuk menjalankan hak-hak mereka jika mereka berkulit hitam. Ianya diadakan untuk menghapuskan wanita, hamba, pembebasan orang kulit hitam dan lain-lain ditakrifkan sebagai bukan kulit putih. Sedekad sebelum perang saudara, kanun kehitaman telah diserahkan bagi mentakrifkan kesalahan undang-undang. Negeri yang mengaku sebagai union akan dikenali sebagai “negeri yang bebas”. Perlembagaan Indiana-1851 telah termaktub bahawa “tiada negro yang akan menetap di dalam negeri”selepas perlembagaan ini diterima pakai. Dalam Illinois kanun kehitaman-1853 juga melarang orang kulit hitam berpindah ke negeri itu.

         Selepas perang saudara berakhir, negeri-negeri bekas hamba menyerahkan kanun kehitaman sebelum kesatuan tentera merampas kuasa mereka. Tujuannya adalah untuk mengawal buruh bekas hamba. Berdasarkan sejarah,Ellis Paxson Oberholtzer, dalam ‘Sejarah US semenjak perang saudara’(1917) berkata orang Negro yang bekerja hendaklah membuat kontrak bertulis, jika mereka melarikan diri, upah mereka akan diambil kembali. Dan jika mereka dipanggil kembali mereka hendaklah menunjukkan lesen untuk membolehkan mereka bekerja dan ganjaran akan diberikan jika sesiapa yang menangkap negro ketika hendak melarikan diri.

      Tahun 1866, kerajaan Republik yang dipilih hendaklah menjadi tentera di selatan. Selepas kanun kehitaman dimansuhkan. Kerajaan telah mula diperintah oleh orang kulit hitam dan putih. Namun, apabila pembinaan semula berakhir, perkauman antara orang kulit hitam bermula semula. Social status mereka dibahagi secara tidak adil serta menafikan hak mereka dalam politik dan pasaran buruh. Selepas perang saudara, buruh amat diperlukan untuk membangunkan landasan keretapi dan pertanian di barat. Undang-undang Imigresen pada masa itu amat penting untuk menentukan siapa yang mempunyai hak untuk tinggal dan bekerja di US di bawah syarat yang tertentu. Ironinya, undang-undang telah digubal untuk membebaskan status hamba namun ianya tidak digunakan. Selepas perang awam berakhir,Pindaan ke-14,Dred Scott telah membuat keputusan bahawa Akta Penaturalisasian 1870 akan menghadkan kewarganegaraan kepada orang kulit putih dan keturunan Afrika.

Wednesday, 21 December 2011

Mode 4 and the UN Convention on the Rights of Migrants

         
          Sebuah persekutuan politik sedang membangun di antara negara-negara yang mempunyai polisi buruh eksport dan syarikat-syarikat yang mendominasi Pertubuhan Perdagangan Dunia . Syarikat yang menggunakan khidmat buruh ganti mempunyai minat yang tinggi dengan kerajaan dalam mengawal selia sistem yang membekalkan khidmat buruh ganti . Sedang manusia terdorong oleh kuasa-kuasa yang di luar kawalan mereka , mereka mula bergerak mengikut kehendak mereka , cuba untuk menyesuaikan diri dan mencari peluang pekerjaan untuk menyatukan keluarga mereka serta mewujudkan komuniti baru di negara baru . Semasa rundingan Sidang Kemuncak Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) , pada tahun 2005 di Hong Kong , sebuah cadangan untuk memulakan penyaluran pergerakan rakyat seiringan dengan pergerakan modal dan barangan buat pertama kalinya telah diperkenalkan . 


  
  Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) 

       WTO mula mencadangkan menguruskan pergerakan rakyat sendiri sebagai "pembekal perkhidmatan" yang dipanggil Mode 4 . Mode 4 pada asalnya diprogram untuk pekerja mahir dan eksekutif , termasuk jurujual , pengurus korporat dan pakar , pekerja asing di syarikat-syarikat subsidiari dan lain-lain pekerja kurang mahir . Seperti dalam semua program pekerja import , mereka akan diberikan visa sementara untuk terus bekerja , tetapi sekiranya mereka di buang pekerjaan, mereka akan dihantar pulang . WTO telah menentang penubuhan upah minimum dan syarat-syarat atau standard pekerjaan dan telah mengarahkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melakukan kawalan . Beberapa organisasi hak asasi dan hak pendatang A.S. menyuarakan satu kenyataan semasa rundingan WTO yang menentang Mode 4 , termasuk  Jawatankuasa Perkhidmatan Rakan-rakan Amerika, Rangkaian Nasional Hak imigran dan pelarian , Jawatankuasa Perpaduan Rakyat El Salvador, Peguambela Hak Awam Filipina , Makanan dan Pekerja Perdagangan A.S , Perkhidmatan Awam Antarabangsa, dan 55 yang lain . Mereka mengkritik kesan eksport pekerja mahir di negara-negara membangun dan meramalkan bahawa skim tersebut akan melanggar hak-hak migran itu sendiri . 

         Genevieve Gencianos , MRI mengkritik dasar imigresen global berdasarkan perlindungan hak-hak pendatang dan bukannya mengawal selia pergerakan mereka dalam kepentingan majikan . Kiriman wang pekerja asing menjadi sumber utama bagi masyarakat dari mana mereka datang . Syarikat-syarikat dan industri besar dai negara-negara kaya juga mendapat manfaat daripada pekerja buruh tersebut . Konvensyen PBB telah diterima pakai pada tahun 1990 dan ia memanjangkan hak asasi manusia kepada semua pekerja asing dan keluarga mereka , didokumenkan atau tanpa izin . Ia menyokong penyatuan semula keluarga , melindungi pendatang asing terhadap kolektif deportasi , dan membuat kedua-dua negara yang menghantar dan menerima bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak ini . 

          Dalam debat mengenai isu inigresen di A.S. , penyokong sekatan kini mengetengahkan hujah mengenai mengekalkan perbezaan di antara status undang-undang yang sah dan tidak sah yang telah menjadi satu kod untuk mengekalkan ketidaksamaan , sistem berperingkat yang membahagikan rakyat yang mempunyai hak dan mereka yang tidak . Sebaik sahaja skim pekerja import ditubuhkan , ketidaksamaan akhirnya telah memberi kesan kepada semua pendatang , termasuklah pendantang yang sah disisi undang-undang mahupun penduduk tetap . Kesan kepada ketidaksamaan kepada rakyat juga , terutamanya dalam masyarakat sosial yang mentakrifkan status ketidaksamaan adalah dari segi kulit dan jantina .

Tuesday, 20 December 2011

Transnational Communities : A New Definition of Citizenship (Definisi Baru Kewarganegaraan)


         Tanpa atau dengan program pekerja sementara , migrasi ke A.S. dan lain-lain negara industri adalah satu hakikat dalam kehidupan . Kesatuan Kongres tidak membahaskan cara untuk menghentikan penghijrahan tersebut kerana tiada apa yang boleh mereka dilakukan lagi . Dalam sesebuah ekonomi , dimana pekerja asing memainkan peranan yang penting dalam negara tersebut , perbuatan menghentikan pengambilan buruh asing akan menyebabkan negara tersebut mengalami krisis ekonomi . Kini terdapat seramai 12 juta warga tanpa izin yang menetap di A.S. , dan menjadi masalah utama bagi mereka untuk mendapatkan status undang-undang yang sah di negara tersebut . 


      Kewarganegaraan adalah satu isu yang sangat kompleks di dalam dunia yang masyarakat pendatang wujud lebih daripada satu tempat secara serentak . Peratusan migrasi yang semakin meningkat dari Mexico ke A.S. kini terdiri daripada pendatang asli , yang berkongsi budaya dan bahasa yang sama . Mereka masih mengekalkan masyarakat asal mereka dan mewujudkan komuniti baru kerana mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan . Bagi masyarakat pribumi , migrasi mempunyai masalah kos sosial dan faedah yang -sangat rumit . Ia mengancam amalan budaya dan bahasa-bahasa asli dari negara mereka . Untuk mengekalkan bahasa pribumi dan tradisi dalam sesebuah masyarakat transnasional bukanlah satu perkara mudah kerana keadaan dan persekitaran semakin berubah hari demi hari . Pendatang yang tinggal di A.S. sanggup membayar harga yang tinggi supaya mereka dapat menurunkan aspek budaya asal mereka kepada anak-anak mereka . Masyarakat transnasional terwujud oleh migrasi yang sangat besar cabarannya .

      Strategi organisasi FIOB adalah berdasarkan budaya masyarakat Oaxacan , terutamanya sebuah institusi yang dipanggil tequio . Menurut Fox dan Rivera-Salgado , pengalaman perkauman terhadap orang asli di Mexico dan terhadap pendatang Mexico  di A.S. memainkan peranan dalam pembentukan FIOB .  Di Ohama , budaya pribumi Qanjobal dari tanah tinggi Guatemala .  Penduduk komuniti transnasional tidak melihat diri mereka sebagai mangsa ketidakadilan , tetapi sebagai masyarakat yang mampu menghasilkan sebuah budaya , menyediakan wang dan keperluan bagi keluarga serta mencari keadilan sosial di negara mereka berhijrah .  

         Untuk mendapatkan hak berorganisasi , semua pekerja memerlukan Kesatuan Kongres untuk melepasi Akta Pilihan Bebas Pekerja terlebih dahulu .  Status imigran Delinking dan pekerjaan ialah langkah penting untuk mencapai hak yang adil untuk pekerja asing .  Lebih daripada 180 juta rakyat , yang hampir kesemuanya pekerja dan petani , adalah sebahagian daripada aliran pendatang yang besar . Pada hari ini , rakyat bekerja di seluruh negara diminta untuk mematuhi peraturan dimana pekerja asing berhak mendapat kebebasan yang sama seperti pekerja lain . Sempadan antara negara harus menjadi titik persamaan dimana mereka boleh datang bersama-sama , bukan sebagai garisan pemisah .  


FRENTE INDÍGENA DE ORGANIZACIONES BINACIONALES (FIOB)

Monday, 19 December 2011

Suppressing Asylum Seekers While Promoting “Managed Migration”

       PENDATANG ASING!!!

        Perbahasan mengenai pendatang telah menjadi satu isu global . Menurut Hak Pendatang Internasional (MRI) , yang berpangkalan di Geneva , mereka menyokong hak-hak pendatang di seluruh dunia . Aliran pendatang yang melarikan diri dari peperangan , penindasan , dan kemiskinan dari negara-negara membangun kepada perindustrian dipanggil global utara . Pada masa yang sama , ekonomi industri semakin bergantung kepada pekerja pendatang dimana mereka hanya memberikan gaji yang rendah , keselamatan yang tidak terkawal , dan syarat-syarat yang berbahaya kepada pekerja asing . Mereka mula menyalurkan penghijrahan ke dalam program-program yang akan memberikan pekerja asing kepada industri sebagai pekerja kontrak . Di seluruh dunia perindustrian juga membuat cadangan yang sama untuk menggunakan pendatang sebagai punca pekerja buruh , tetapi pada masa yang sama mereka menyekat kebebasan pekerja asing daripada membuat keputusan untuk bekerja dan di mana mereka tinggal . 

       Pada tahun 2003 , seorang pendatang Iran , Abbas Amini , telah melakukan mogok lapar dan hampir mati kerana membantah penghantaran pulang oleh Britain . Beliau menjadi simbol bagi pendatang kerana telah menuduh kerajaan British atas sebab perkauman . Menurut Buyum , warga kulit hitam , berkata , pembuangan negeri kini menjadi satu isu yang biasa di Eropah . Peningkatan pencarian tempat perlindungan memberi kesan kepada keadaan ekonomi yang semakin mengancam berjuta-juta penduduk . Parti Kebangsaan British (BNP) , sebuah parti yang menyokong pendatang dihantar pulang , telah memenangi kerusi majlis tempatan di kawasan luar London . Struktur perkauman British telah memberikan pemerhati A.S. satu makna yang dipanggil Deja Vu . Disini didapati orang kulit hitam dikenakan hukuman yang lebih berat daripada orang kulit putih atas kesalahan yang sama . Buyum juga tidak menyokong perwakilan agama tetapi beliau fikir rakyat yang ditindas mempunyai hak untuk bersuara . 

         Pada tahun 1990 , Perdana Menteri Tony Blair , mengumumkan bahawa polisi penghijrahan akan dijalankan berdasarkan pengambilan pendatang asing untuk bekerja dalam jumlah yang besar . Pada tahun 1997 , kerajaan buruh  telah membenarkan migrasi menjadi sebahagian daripada ekonomi moden British . Tujuan kerajaan adalah untuk mengurangkan migrasi penduduk kepada sifar. Flynn dan Buyum menyifatkan pertumbuhan penguatkuasaan di Britain , yang serupa di A.S. . Kerajaan British telah menubuhkan sekatan terhadap majikan pekerja-pekerja yang tidak sah pada tahun 1996 dan telah memperkenalkan satu dokumen sistem identiti kebangsaan . Memberi pemit kerja kepada individu-individu yang mahir bukanlah satu perkara yang baik untuk ekonomi negara yang mengrekrut pekerja tersebut . Sebagai contoh , perkhidmatan awam di Britain telah lumpuh kerana mereka mengambil terlalu sedikit pekerja yang berkemahiran . Pendatang kontrak dibayar upah dibawah harga minimum dan tanpa cuti . Kadang kala majikan menyediakan rumah kepada pekerja , tetapi rumah tersebut didiami oleh pekerja yang lain dan dalam keadaan yang tidak mempunyai keselamatan yang rapi dan kurang selesa . 

Saturday, 17 December 2011

From Guest Worker to German Citizen





      Negara Perancis dan German mendapati terdapat kos-kos tambahan untuk mengupah pekerja import melalui program-program pada tahun 1960 dan 1970 . Perancis mempunyai sistem permit sementara bagi pekerja Algeria dan Afrika Utara yang datang bekerja pada tempoh masa yang sekejap selama 5 atau 10 tahun . Visa tersebut tidak boleh diperbaharui tetapi memberi mereka hak-hak kediaman di negara tersebut . Pada tahun 1990 , di gereja Paris , pengkaji ekonomi memulakan mogok lapar dan membantah kekejaman polis dan keganasan terhadap mereka serta mereka mahukan perubahan status mereka . Pendatang yang tinggal di Paris merasakan terdapat sifat perkauman yang terjadi di negara tersebut dimana kadar pengangguran yang terlampau telah berlaku dan ini jelas menyatakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada warga Perancis . Wanita muda dihukum kerana memakai hijab di sekolah dan keadaan hidup yang memaksa akhirnya menyebabkan berlakunya demonstarsi jalanan dan rusuhan . 

        Sehingga penaturalisasian undang-undang Jerman akhirnya berubah pada tahun 2000 , anak-anak pendatang yang lahir di Jerman tidak layak mendapat hak kewarganegaraan . Negara Jerman tidak mempunyai undang-undang persekutuan yang melarang diskriminasi tetapi mereka tidak melindungi pekerja-pekerja pendatang . Walaupun pekerja pendatang telah lama bekerja dan menetap di sana , mereka masih lagi dilihat sebagai orang asing . Jika perkara ini dibawa ke mahkamah , ia amat mustahil bagi pendatang untuk memfailkan aduan tersebut . Seramai 80 juta warga Jerman , 7.1 juta daripadanya adalah pendatang dan 2.1 juta pekerja pendatang daripada 34 juta pekerja tempatan . Sejak penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 , kadar pengangguran telah meningkat terutamanya dalam Republik Demokratik Jerman atau Jerman Timur . Sebahagian daripada kesatuan jerman melihat pendatang sebagai satu ancaman . Walau bagaimanapun , di Berlin , apabila kerajaan persekutuan membina sebuah pusat bandar yang baru untuk menyatukan semula Jerman , kesatuan Jerman telah disisihkan daripada projek pembinaan negara terbesar . Konsep status yang sama bagi pendatang tidak wujud lagi . Jerman kini mula melihat populasi pendatang sebagai penduduk tetap dan bukan sebagai pekerja asing .

Thursday, 15 December 2011

WHOSE NEW WORLD ORDER?


High Skills and Low Salaries (Kemahiran yang Tinggi dan Gaji yang Rendah )

Menjelang tahun 2000 , pekerjaan di Lembah Silikon semakin berkurangan dan keadaan pekerja-pekerja dalam bidang elektrik telah berubah secara drastik lebih sedekad yang lalu . Beribu-ribu pekerja tidak lagi bekerja untuk syarikat-syarikat majikan mereka tetapi mereka telah di upah melalui agensi syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja sementara . Bagi pekerja kejuruteraan pula , syarikat semikonduktor semakin bergantung kepada pekerja import berbanding pekerja dalam negara . Bagi para pekerja yang di upah dari luar , mereka kebanyakannya tidak di layan dengan baik dan mereka tidak diberikan keadilan yang sepatutnya seorang pekerja patut perolehi lebih-lebih lagi pekerja H1-B . Pelajar asing yang belajar di A.S dan telah menamatkan tempoh pengaiian , tetapi visa mereka telah telah tamat tempoh mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan . Tetapi ramai kontraktor menawarkan pekerjaan visa H1-B kepada mereka dan ramai yang menerima pekerjaan tersebut kerana sangat terdesak . Visa H1-B ini sering kali di lihat sebagai salah satu cara untuk mendapatkan status yang sah dalam undang-undang tetapi mengambil masa yang agak lama sementara itu , pemegang visa H1-B ini harus tetap bekerja ataupun di hantar pulang ke negara asal . Ramai kontraktor yang memberi kata-kata palsu dengan mengatakan bahawa mereka akan membayar upah yang rendah dalam negeri yang berpendapatan rendah seperti Idaho , dan kemudian akan di hantar untuk bekerja di California .


       California

California adalah sebuah negeri yang berpendapatan tinggi tetapi pekerja perlu meneruskan hidup di Lembah Silikon yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi , tetapi dengan gaji yang sangat rendah . Pada tahun 1990 , syarikat elektronik terbesar di Lembah Silikon mula memerlukan lebih banyak lagi pekerja H1-B . Pihak Kongres mula memberikan kebebasan kepada industri tersebut untuk memanjangkan tempoh had pekerja ataupun mengambil bilangan pekerja lebih daripada 200,000 orang setahun . Bill Gates adalah salah seoarang daripada juara terbesar dalam sistem H1-B , ialah seorang pengasas Microsoft Corporation . Gates telah mencadangkan kepada Senator supaya mengekalkan upah pada kadar yang rendah untuk kepentingan negara . Negara A.S. tidak mampu mengekalkan kepimpinan ekonomi yang bagus sekiranya rakyat negara itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan . 

   Richard J. Durbin Illinois                                                                 Charles Grassley
 Menurut Persatuan Kejuruteraan Amerika , mereka telah melahirkan lebih 100,000 orang siswazah setiap tahun dan semakin meningkat setiap tahun . Program H1-B ini sebenarnya telah mewujudkan jurang yang besar di antara pekerja-pekerja A.S. yang berteknologi tinggi dengan pekerja import . Jurutera-jurutera Latin dan Afrika-Amerika telah melancarkan satu usaha untuk melindungi hak-hak mereka . Pada tahun 2006 , Senator Undang-undang 
, Richard J. Durbin Illinois dan CharlesGrassley memperkenalkan satu rang undang-undang yang memerlukan syarikat-syarikat A.S. membuat permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan pekerja H1-B . Mereka yang bekerja dalam program H1-B ini nampak seperti mempunyai pekerjaan yang baik tetapi mereka tidak mendapat hak-hak mereka yang sepatutnya , tiada hak untuk membentuk sebuah organisasi buruh . 

Monday, 12 December 2011

People in the Streets Want More



HR 4437 James Sensenbrenner


          Walaupun HR 4437 James Sensenbrenner diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan Disember 2005 , Senat tidak pernah mengundinya . Ia suatu ancaman terhadap pendatang tanpa izin sebagai banduan persekutuan yang mendorong masyarakat memasuki aktiviti politik . HR 4437 semakin menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di seluruh negara walaupun dalam kawasan yang paling terpencil sekali . Sekumpulan pribumi Purépechas dari neagra Mexico , negeri Michoacán memberitahu peguam bela buruh tempatan mengenai skim Sensenbrenner yang sangat zalim terhadap mereka . 

Masyarakat Purépechas


Masyarakat Purépechas

     Pada 1 Mei , demonstrasi besar-besaran berlaku . Lebih 1 juta orang memenuhi jalan-jalan di Los Angeles , 2 kali dalam sehari , di dua kawasan perarakan yang berbeza . Ia merupakan bantahan besar-besaran yang paling terbesar pernah terjadi dalam sejarah bandar tersebut , dan mungkin negara . Perarakan tersebut juga telah menyelamatkan tradisi demonstrasi Hari Pekerja yang menjadi mangsa kepada ketakutan perang dingin dan penindasan pada awal tahun 1950 . Hari Pekerja telah dilabel sebagai radikal dan komunis di Amerika Syarikat , manakala kesatuan dan pekerja di negeri-negeri dalam dunia menyambut Hari Pekerja tersebut . Oleh kerana pengalaman bekerja dengan pekerja import yang dibawa masuk ke negeri Gulf ekorang kejadian Taufan Katrina , "Mississippi Immigrant Right Alliance" (MIRA) , mengumumkan bahawa ia adalah bertentangan dengan reformasi kompromi undang-undang . MIRA telah mengisytiharkan bahawa semua orang yang tinggal di Amerika Syarikat tanpa status imigresen yang sah boleh memohon untuk mendapatkan status penduduk tetap dan semua pendatang yang hidup di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya selama 5 tahun adalah layak untuk memohon status penduduk tetap . 

        Kompromi Kongres akhirnya menemui jalan buntu dan telah gagal , tetapi ia telah menimbulkan cadangan yang lebih positif iaitu dengan peningkatan aktiviti dalam kalangan kesatuan , gereja , orang Afrika-Amerika , dan sebahagian besar daripada masyarakat pendatang itu sendiri . Harapan untuk pembaharuan imigresen yang progresif bergantung kepada penyusunan dan pengembangan pergerakan tersebut . Sementara itu , Gabenor Mississippi , Haley Barbour telah menandatangani Rang Undang-Undang Senat 2988 ke dalam undang-undang pada Mac 2008 . Seseorang pekerja tanpa izin boleh dikenakan hukuman penjara atau denda kerana tidak mempunyai permit kerja . Tujuan MIRA adalah untuk mencegah transformasi politik .

Sunday, 11 December 2011

Remedy the Past’s Injustice ( Memulihkan Ketidakadilan yang lepas )


           Ketakutan terhadap persaingan kerja dalam masyarakat Afrika-Amerika mencerminkan mitos dan realiti , dan kedua-duanya perlu diberikan perhatian kerana peningkatan pendatang Latinberpotensi menimbulkan ancaman terhadap mereka . Realitinya terdapat persaingan dalam mencari pekerjaan dalam sesetengan industri dan amat sukar untuk ditafsirkan kesan konfigurasi dalam industri Afrika-Amerika , terutamanya di bandar-bandar besar seperti New York dan Los Angeles . Apabila sesetengah peguam bela pendatang berhujah bahawa pendatang hanya akan melakukan pekerjaan yang tidak dilakukan oleh orang lain atau pekerjaan yang ditinggalkan oleh orang lain . Perkara ini , secara realitinya , sering dinafikan oleh pekerja-pekerja . Dalam sesetengah industri , tenaga kerja mampu berubah hanya dalam masa beberapa tahun sahaja . Selepas pekerja imigran Amerika Tengah yang berjuang mendapatkan semula kontrak yang hilang , pekerja Afrika-Amerika tidak pulang , sebaliknya masyarakat kulit hitam menghadapi satu garis warna walaupun mereka menghadapi masalah kadar pengangguran yang tinggi . Peratusan pekerja Afrika-Amerika jatuh sebaik sahaja pekerjaan meningkat . 

         Pada tahun 2004 , kurang daripada 6 peratus tenaga kerja Afrika-Amerika yang bekerja di hotel . Orang hitam mempunyai sejarah dalam melawan diskriminasi dalam industri hospitaliti di San Francisco . Prospek pekerjaan menjadi semakin baik bagi pekerja kulit hitam untuk beberapa tahun , tetapi situasi mula berubah pada tahun 1980 apabila pihak hotel mula mengambil pendatang untuk bekerja dengan mereka dan sekaligus meningkatkan peratusan pendatang . Kebanyakan majikan tidak mengupah pekerja kulit hitam kerana mereka ini dianggap tidak dianggap sebagai orang yang mematuhi peraturan . Di Los Angeles juga serupa dimana pekerja kulit hitam hanya 6.4 peratus daripada tenaga kerja . Industri perhotelan berharap pekerja-pekerja imigran yang baru boleh dilentur , walau bagaimanapun , harapan tersebut masih belum boleh dicapai . Konfrontasi terbesar yang pernah terjadi adalah pada tahun 2004 , apabila pekerja-pekerja menanggung sekatan masuk selama 2 bulan dan kemudian 2 tahun tanpa kontrak . Pada pertengahan peperangan dengan hotel , persatuan “UNITE HERE” , “Local 2” , telah mengambil keputusan untuk membetulkan diskriminasi yang telah berlaku . 


Unite Here!!!




          Pada tahun 2004 , satu seksyen baru telah dicadangkan yang memerlukan pihak hotel untuk menubuhkan pelbagai jawatankuasa dan melantik seorang pegawai untuk meningkatkan peratusan pekerja Afrika-Amerika . Pada hakikatnya , kesatuan tersebut mula berunding mengenai hak-hak terhadap pekerja kulit hitam yang tidak lagi berada dalam apa-apa tenaga kerja . Pelbagai Kumpulan Majikan , ialah kumpulan yang mewakili pengurusan San Francisco Hotel , menolak idea kepelbagaia kesatuan .Walaupun selepas kontrak yang lain telah selesai , "Local 2" terus berjuang atas isu ini , dan akhirnya telah mencapai kata sepakat atas cadangan pegawai untuk meningkatkan  perlindungan hak-hak pekerjaan bagi pendatang . Pada tahun 2001 , konvesyen "UNITE HERE" di Santa Monica telah membuat sebuah komitmen yang luas untuk mencari persamaan antara pendatang dengan Afrika-Amerika . "Local 2" dan "Local 11" cuba untuk mengubah matlamat umum untuk menyatukan orang kulit hitam dengan pendatang ke dalam perjanjian yang dikuatkuasakan dengan majikan . Idea tersebut dikongsi dengan andaian bahawa kesatuan dan gaji yang tinggi mampu menjadi perlindungan yang berkuasa menentang persaingan pekerjaan . Kempen kebangsaan untuk kos sara hidup adalah berdasarkan undang-undang tempatan yang sebenarnya mencerminkan kos sara diri yang sebenar bagi pekerja yang berkeluarga . Di samping itu secara langsung menaikkan upah pekerja seperti pembersih bilik hotel . Undang-undang juga memerlukan para majikan untuk mengupah pekerja tempatan . Ini tidak akan mendiskriminasikan pendatang , malah memberikan tempat untuk mereka tinggal dalam masyarakat tempatan .


Local 2


Local 2

Friday, 9 December 2011

The Common Ground of Jobs and Rights



     Tidak  semua cadangan di Kongres untuk mengambil pekerja import atau pendekatan penguatkuasaan diterima . Ia akan diberikan wang untuk membantu penduduk membina semula runah-rumah mereka atau mencari rumah baru . Sebagai kesan daripada ribut taufan yang melanda , Congressional Black Causus (CBC) menaja segala keperluan untuk membaiki segala kerosakan termasuklah penjagaan kesihatan  , mengatasi masalah pengangguran serta memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan serta menyediakan wang untuk membantu penduduk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnah dan membantu pihak sekolah untuk menempatkan semula pelajar-pelajar . Rang undang-undang tersebut akan mewujudkan progam pelatih untuk membangunkan pekerjaan yang baik dan mengkehendaki presiden untuk menyediakan rancangan untuk membasmi kemiskinan . 

           Sebagai kesan daripada ribut taufan yang melanda , Congressional Black Causus (CBC) menaja segala keperluan untuk membaiki segala kerosakan termasuklah penjagaan kesihatan  , mengatasi masalah pengangguran serta memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan serta menyediakan wang untuk membantu penduduk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnah dan membantu pihak sekolah untuk menempatkan semula pelajar-pelajar . Rang undang-undang tersebut akan mewujudkan progam pelatih untuk membangunkan pekerjaan yang baik dan mengkehendaki presiden untuk menyediakan rancangan untuk membasmi kemiskinan .Tiada siapa boleh hidup tanpa pekerjaan termasuklah orang kulit hitam , kulit putih , orang Asia , Amerika asli mahupun orang Latin . Oleh itu , Akta Pekerjaan Sepenuh Masa Humphrey-Hawkins pada tahun 1970 , menyuruh kerajaan persekutuan menyediakan peluang pekerjaan untuk membasmi pengangguran yang terdapat di negara tersebut . Parti Demokratik juga mencadangkan untuk mengadakan program pekerja import dan meningkatkan penguatkuasaan sekatan majikan . Pengangguran dan perkauman dalam masyarakat sistem ekonomi AS .

        Pembahagian kaum adalah senjata politik yang sangat berkuasa . Bagi masyarakat yang bekerjaya , mengatasi masalah perkauman telah membuka satu kemungkinan untuk memenangi kuasa politik . Pembinaan semula Biloxi , Gulfport dan New Orleans boleh membentuk satu pakatan politik yang yang serupa di Gulf Coast . Tetapi ia mungkin memerlukan masyarakat bekerjaya untuk menggabungkan sokongan untuk menuntut hak-hak-hak pendatang , hak sivil dan kemajuan ekonomi untuk masyarakat lainnya . Presiden George W. Bush dan kongres lain telah mendesak bahawa satu-satu cara untuk mengelakkan orang Mexico daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang ialah dengan datang sebagai pekerja import di AS . Pada pandangan mereka , pendatang yang tinggal di AS tanpa visa perlu menjadi pekerja import untuk mendapatkan dokumen undang-undang yang sah . Rang undang-undang Jackson Lee adalah sangat unik kerana kebanyakan penaja adalah ahli Congressional Black Carcus termasuk California Barbara Lee dan John Conyers Michigan . Untuk bertahun-tahun jawatankuasa kecil parti politik menggariskan bajet persekutuan alternatif yang mengutamakan matlamat sosial seperti menghapuskan kemiskinan , mengurangkan perbelanjaan ketenteraan dan melindungi perkhidmatan sosial . Walau bagaimanapun , seseorang akan menyedari bahawa undang-undang Amerika telah diceroboh apabila mereka adalah Afrika-Amerika . Rang undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan diskriminasi terhadap pendatang dengan mengharamkan diskriminasi berdasarkan status imigresen , melarang majikan daripada ancaman untuk menghantar mereka pulang . Tetapi Jackson Lee telah menentang program pekerja sementara , kerana beliau percaya bahawa mereka tidak dapat mencegah pekerja daripada menguatkuasakan hak pekerja atau menggunakan faedah sosial dan mempunyai pekerja sementara ini memerlukan kos sosial yang tinggi . Itulah sebabnya rang undang-undang yang dibuat oleh beliau ialah untuk mencari kepentingan bersama , bukan dengan menawarkan pekerjaan sementara kepada pekerja luar . Ia menyedari bahawa sehingga pekerja asing mempunyai status kerakyatan yang sah , pihak keselamatan perlu menyediakan syarat-syarat dan upah yang lebih baik , semua pekerja yang berpendapatan rendah akan teraniaya . Pada tahun 2004 , satu kajian telah dijalankan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh dari Universiti Northeastern , mendapati bahawa antara tahun 2000 hingga tahun 2004 , pendatang yang bekerja dalam negara meningkat sebanyak 2 juta . Pengangguran orang kulit hitam terutamanya di pusat-pusat bandar terjadi kerana penutupan loji dan penyusunan semula industri . Walaupun Afrika-Amerika hanya 11 peratus daripada tenaga kerja di AS , tetapi seramai 300,000 daripada 2 juta orang kulit hitam kehilangan pekerjaan hanya disebabkan kemelesetan ekonomi . Perubahan demografi di tempat kerja menjadi suatu fakta semasa tempoh penyusunan semula industri secara besar-besaran yang telah menghapuskan beratus-ratus ribu pekerjaan Afrika-Amerika dan pekerja Chicano . Hari ini , syarikat-syarikat dalam industri yang sama berpendapat bahawa mereka perlu bekerja untuk mengisi kekurangan tenaga buruh dan menggalakkan pekerja import tetapi ditentang oleh Fletcher , kerana beliau takut pekerja import tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan . Oleh itu , beliau mencadangkan para majikan supaya mengambil pekerja tempatan sebelum membawa masuk buruh kontrak . Rang undang-undang Jackson Lee cuba untuk mengimbangi kepentingan pendatang dan penganggur dan juga tidak menangani dasar luar negeri atau perdagangan secara langsung , tetapi ia bukan bertujuan untuk membetulkan beberapa perkara apabila dasar imigresen itu digunakan sebagai ganjaran atau hukuman politik . Negara Eropah mempunyai taraf kuhidupan yang lebih tinggi daipada Amerika Syarikat . Tetapi di Amerika Latin , Asia , dan Afrika , kemiskinan yang terjadi akibat daripada peperangan menyebabkan berlakunya lebihan permintaan kad visa daripada visa yang disediakan . Pada tahun 2007 , permohonan visa dari Filipina yang ditaja oleh adik beradik terpaksa menunggu lebih daripada 20 tahun manakala permohonan visa dari Mexico pula selama 11 tahun .

Sunday, 4 December 2011

Katrina: Window on a Nightmare ( Sebuah mimpi ngeri )



              Taufan Katrina dan kemusnahan New Orleans menekankan hubungan antara Africa-Amerika dan pendatang Afrika . Kedua-dua Datuk Bandar New Orleans Ray Nagin memainkan peranan dalam memastikan perkembangan dalam jurang penghijrahan yang semakin tidak terjamin . Di Mississippi dan Louisiana , masyarakat miskin berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan pekerjaan apabila ekonomi negeri tersebut jatuh akibat banjir besar yang berlaku . Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Congressional Black Caucus , 18-30 peratus daripada penduduk di rantau ini hidup di bawah garis kemiskinan dan kadar kemiskinan sebanyak 35 peratus penduduk kulit hitam di New Orleans . Ini kerana banjir yang berlaku telah memusnahkan rumah serta pekerjaan beribu-ribu penduduk di kawasan itu . Dengan ketidakpastian pekerjaan yang bakal diterima , beberapa buah keluarga telah berbepeluang untuk mencari pekerjaan baru dengan bantuan sumber-sumber yang ada .  



        Pada bulan Oktober 2005 , Biro Statistik Buruh mendapati bahawa 500 daripada 800 ribu orang yang dipindahkan akibat taufan tersebut masih belum lagi pulang ke rumah dan tinggal di Agensi Kecemasan Persekutuan kerana kawasan perumahan awam yand dibina semula sangat sedikit dan sewa rumah pula telah menjadi dua kali ganda daripada harga asal . Untuk membantu penduduk New Orleans kembali pulih , "People's Hurricane Relief Fund" (PHRF) , telah menyediakan dana dan mengumumkan senarai penyingkiran yang dikekalkan oleh FEMA dan Palang Merah untuk membantu menemukan mangsa-mangsa dengan ahli keluarga masing-masing . 




      Keperluan mangsa bencana adalah sama dengan apa yang disediakan oleh dana Pusat Dagangan Dunia di Bandar New York . PHRF menuntut pekerja awam untuk bekerja di kesatuan upah , ia adalah untuk membolehkan orang ramai memulakan semula ekonomi kehidupan mereka . Agensi-agensi Persekutuan telah menandatangani kontrak untuk membaiki jalan-jalan yang rosak akibat banjir telah memberi jaminan bahawa mereka sanggup melakukan pembinaan semula walaupun dengan wang yang sedikit kerana ia akan menjadi sumber keuntungan swasta secara politiknya . Apabila penduduk cuba untuk kembali ke tempat asal mereka , mereka tidak mendapat pertolongan untuk membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnha , malah mereka dilayan sebagai pengancam kepada undang-undang . Dengan bajet yang sedikit , Kongres Republikan bersedia menukarkan perang Iraq menjadi sebab yang wajar untuk menjadi makanan dan pembiayaan untuk pelajar yang ditimpa musibah tersebut . Dalam zon perusahaan yang luas ini , kebajikan pekerja dan golongan miskin telah dikorbankan untuk menyediakan insentif kepada pelaburan korporat . Majikan pada masa itu memerlukan pekerja tanpa keluarga kerana mereka inginkan pekerja yang boleh ditempatkan di mana-mana sahaja . 

              Menurut Chadler , kontrak asal FEMA mungkin telah membayar 35 dolar untuk penghapusan meter padu runtuhan , tetapi subkontraktor yang melakukan kerja sebenarnya dibayar sebanyak 10 dolar . Subkontraktor berusaha menawarkan harga yang lebih antara satu sama lain dengan menawarkan upah serendah yang mungkin . Keluarga yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang rendah . Pekerja tanpa permit akan mudah untuk ditipu oleh majikan kerana majikan akan mempunyai pengaruh yang baru untuk memanjangkan tempoh pembayaran gaji dan mengenakan syarat-syarat yang keterlaluan terhadap pekerja .